Kewujudan blog Maxsymridersmalaysia (MRM) adalah usaha dan dorongan sendiri. Ada desas-desus dan perbualan di sana sini yang merumuskan kesimpulan bahawa blog ini ditaja oleh Sym Malaysia (Mforce Bikes Holding Sdn Bhd). MRM ingin menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sedemikian.
Tujuan blog ini diterbitkan adalah bagi memberikan manfaat, pengetahuan dan info kepada semua pemilik dan mereka yang berminat dengan Sym Maxsym 400i. Blog ini juga pada prinsipnya berwawasan menjadi sebagai jembatan penghubung antara pemilik dan pengedar skuter ini sendiri yakni Sym Malaysia dengan: - mengutarakan sebarang permasalahan pemilik - menyampaikan perkembangan terkini berkaitan - menyediakan pengetahuan umum mengenai penjagaan skuter Maxsym - memberi liputan mengenai sebarang aktiviti berkaitan pemilik, penunggang dan kelab pemotoran. Sejak blog ini diwujudkan, MRM mendapat banyak sokongan dan sumbangan berupa artikel dan gambar dari pemilik Maxsym sendiri.
Malangnya, sehingga kini, sokongan sedemikian tidak dikecapi dari pengedar skuter Maxsym sendiri, Mforce SB walaupun usaha telah dilakukan samada mengadakan pertemuan dua mata atau melalui email dan sms memohon Mforce menghubungi MRM jika ada sebarang aktiviti atau rogram yang dianjurkan untuk diwar-warkan dalam blog. Apa-apapun, MRM blogspot akan terus menyiarkan bahan-bahan artikel yang boleh membantu pemilik Maxsym meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan. Bagi Mforce SB, terpulanglah pada pandangan mereka, MRM tidak rugi apa-apa, sebaliknya, imej syarikat itu sendiri yang tercalar jika mereka beranggapan tidak perlu memberikan sokongan ataupun berkongsi info berkaitan dengan blog ini....betul tak?
Baru-baru ini, MRM dimaklumkan oleh pemilik Maxsym dari Johor, saudara Azwan bahawa beliau telah memfailkan aduan rasmi mengenai komponen meter yang maxsym yang diedarkan oleh Sym Malaysia (Mforce Sdn Bhd).
Isu ini dah lama menjadi duri dalam daging bagi pemilik Maxsym sejak mula ia diedarkan pada Julai 2012 lalu. Sila baca disini. MRM ada menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan beliau mengapa isu berkenaan dibawa ketengah olehnya memandangkan proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan. Apabila dinyatakan ' proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan ', MRM 'meminjam' ayat dari wakil Mforce sendiri mengenai permasalahan dan tuntutan pemiik maxsym supaya meter berkenaan digantikan dengan meter standard sama seperti Maxsym lain yang diedarkan di seluruh dunia. Saudara Azwan ada menjelaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana berpendapat ia wajar dilakukan memandangkan beliau dimaklumkan ada beberapa pihak juga telah mengemukakan aduan yang sama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Beliau maklumkan, selepas aduan dibuat, pihak KPDNKK ada menghubunginya dan begitu juga beberapa wakil dari Mforce. Jawapan (alasan?) yang diberikan oleh Mforce sma saja seperti yang diberikan kepada MRM dan juga sekumulan pemilik Maxsym yang bertindak menyerahkan memorandum menuntut meter itu ditukar pada Oktober lalu. Boleh Terima pakai ke alasan yang diberikan??? Alasan yang pertama diberi: Tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan. Alasan yang kedua diberi: Mforce sedang tunggu maklum balas dari Taiwan untuk proses selanjutnya. Secara Rekod , alasan-alasan berkenaanlah acapkali diberikan kepada MRM danpemilik Maxsym lain. MRM ingin menegaskan pada Mforce: Pertama, walaupun tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan, namun isu utamanya adalah mengapa meter berkenaan diubah? Mforce nampaknya mempunyai niat tidak baik dengan cuba memesongkan isu sebenar dalam hal ini. Kedua, alasan tiada badan tertentu menetapkan piawaian berkaitan tidak boleh diterima pakai kerana itu BUKAN isunya tetapi tindakan Mforce pandai-pandai sendiri mengubah papan muka meter berkenaan yang menjadi PUNCA isu dan masalah. Ketiga, Mrm juga mempunyai asas dan maklumat yang kukuh diperolehi dari SYM Taiwan, bahawa Mforce sendiri yang meminta papan pemuka (dial face plate) diubah dari asalnya kelajuan maksimum yang tertera ialah 180kmh kepada 220kmh. Jangan Permainkan Pemilik Maxsym Sayugia diingatkan, statistik demografik pemilik Maxsym adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan, profesional, peniaga dan sebagainya. Sehubungan itu jangan cuba menghina kebijaksanaan kami dan juga mempermainkan kesabaran kami.
LIMA bulan dari tarikh kami menghantar memorandum secara rasmi berkaitan isu berkenaan adalah terlalu lama dan kesabaran kami semakin menipis dengan alasan dan penjelasan yang sama tanpa sebarang tindakan susulan yang konkrit. Jika KPDNKK boleh menghubungi saudara Azwan 72 jam selepas aduan dibuat dan Mforce sendiri melalui wakilnya boleh juga menghubungi beliau 96 jam selepas itu, apa lagi alasan yang mahu digunakan untuk melengah-lengah atau mengelak memperbetulkan masalh yang diwujudkan oleh Mforce sendiri. April ini adalah tarikh 'deadline' terakhir bagi Mforce untuk memperbetulkan keadaan dan berhadapanlah dengan puluhan aduan secara berkumpulan kepada KPDNKK jika maslah berkaitan meter ini tidak diselesaikan sebaik mungkin
Banjir! Pelbagai perkara menarik dan tidak kurang juga jelek berlaku sepanjang minggu lalu. MRM berada di Kuala Terengganu untuk bersama-sama meramaikan kedatangan bikers dari seluruh negara ke Terengganu Bike Week 2013 (TBW 2013). Menariknya adalah, pengalaman mengharungi air setinggi 0.5 meter di rantau panjang dan tidak kurang juga perjalanan melebihi 1,400km bermula dari Shah Alam sebelum disertai oleh saudara Annuar dari Sungai Petani di Grik dan menertuskan perjalanan ke Kota Bharu melalui Banding, Jeli dan Rantau Panjang. Kami bermalam di Kota Bahru dan kedatangan kami disambut pula oleh Nor Hisham a.k.a DTK Sym yang turut menyertai kumpulan kami ke TBW pada keesokannya. Seperti dinyatakan, yang menarik, penyertaan ribuan bikers dan juga acara Le Tour De Langkawi 2013, yang berlangsung serentak dengan TBW 2013. Yang jelek pula adalah desas-desus perkhabaran yang diterima berkaitan gelagat beberapa kumpulan yang dikatakan 'BIKERS' tetapi langsung tidak faham apa itu erti 'We Are Brothers'. Cerita-cerita yang tersebar dalam alam siber antaranya rasa tidak puashati dengan pengurusan yang tidak teratur sehingga ada bikers yang telah mendaftar dan membayar yuran pendaftaran tidak mendapat sepenuhnya barangan dalam Goodies Bag.
Rasanya, mereka bukan berkira sangat pasal masalah ada yang tidak dapat kemeja-T atau sarung tangan ataupun Key kepala, tetapi yang dipersoalkan adalah jika penganjur boleh mencetak no slip sehingga angka 3,000 , sudah pastinya pengajur juga mesti menyediakan jumlah kuantiti barangan berkaitan sama dengan jumlah slip yang dicetak..betul tak?
We Are Brothers, Betul Ke??? Ada pula cerita mengenai sekumpulan pemilik skuter yang sampai di sana tetapi tidak dibenarkan meletakkan skuter mereka bersebelahan dengan motosikal berkuasa tinggi...betul atau tidak cerita ini, wallahualam.
Tetapi, seandainya benar maka sangat memalukan seseorang atau sekumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi bersikap sedemikian. Agaknya mereka memandang rendah pada penunggang skuter ini tetapi adakalanya mereka juga tidak tahu ramai pemilik skuter ini memeliki motosikal berkuasa tinggi tetapi atas dorongan minat, mereka menunggang skuter.
Satu lagi berita yang kurang manis didengar ialah berkenaan marshal pada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi yang berlagak angkuh dan kurang ajar apabila dikatakan marshal terbabit melakukan provokasi kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengadakan pemeriksaan di sekatan jalan raya. Aduhai...kenapa jadi begini bikers-bikers dewasa ini? Cerita Belting Putus Beberapa hari yang lalu juga, MRM yang baru pulang dari ride santai ke Johor menerima panggilan SOS dari saudara Azizul, pemilik Maxsym yang terkandas ekoran masalah belting skuternya putus.
Pemilik bengkel Man Sheng Motor di Jalan Loke Yew, Ah Chung telah datang untuk menukar belt yang putus itu. Apabila dibuka cover CVT, ditarik keluar saki baki belt yang putus dan dilekangkan autoclutch belakang, beliau menyatakan bahawa kesan di variator dan boss shaft yang calar dan longgar menunjukkan bahagian berkenaan TIDAK diletak minyak Gris.
Menurutnya, ia bekemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan belt itu putus.
MRM telah menghubungi salah seorang orang kuat Maxsym di Mforce dan menerangkan padanya apa yang berlaku memandangkan saudara Azizul telah membuat servis sistem CVT Maxsym dua minggu sebelum itu. MRM juga telah mengambil gambar variator yang rosak berkenaan dan seterusnya emelkan kepada beliau. Namun apa yang mengecewakan adalah apabila MRM dimaklumkan bahawa Mforce enggan menggantikannya dengan alasan tempoh jaminani sudah tamat. Ingin ditegas bahawa: 1- Walaupun tempuh jaminan telah tamat, tetapi jika kerosakan yang berlaku disebabkan KECUAIAN oleh mekanik yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan servis CVT itu menyebabkan kerosakan variator berkenaan, adakah Mfirce boleh lepas tangan dengan alasan tempoh jaminan telah tamat? 2- MRM rasa saudara Azizul juga boleh menerima hakikat belting berkenaan sudah hampir tiba masanya untuk digantikan maka apabila belting itu putus, tiada sebarang tuntutan boleh dibuat....tapi cuba kaji balik apa yang ditulis di perenggan atas. Jangan Jadi Seperti Pengeluar Motosikal\Skuter Di Gurun MRM dan pemilik-pemilik Maxsym lain bukanlah begitu 'murah' sangat nak tuntut itu ini begitu begini, tetapi kami hanya mahu Mforce mengetatkan lagi Standard Operating Procedure (S.O.P) dan juga KUALITI servis yang diberikan. Ada banyak lagi isu-isu, masalah-masalah yang timbul ekoran ketidak-kecekapan dan juga mutu kerja yang seolah-olah berkait kepada kata-kata lumrah 'janji siap' , namun tidak perlulah dicerita secara panjang lebar di blog ini. Dewasa ini saingan semakin berkembang antara pengeluar dan pengimpot motosikal atau skuter...jika Mforce tidak meningkatkan kecekapan dan membanteras isu-isu yang diperkatakan ataupun memasang telinga mendengar rintihan atau permasalahan pemilik SYM, akan tiba masanya pula nanti Mforce atau Sym Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti syarikat pengilang motosikal dan skuter tempatan yang semakin mengecil penguasaannya dalam penjualan motosikal dan skuter di Malaysia..
Bercakap tentang prestasi enjin, sudah pastinya menjadi impian setiap pemilik skuter atau motorsikal yang mahukan kenderaan mereka memberikan prestasi tahap optimum. Tidak kurang juga mereka yang sanggup menghabiskan ratusan, jika tidak ribuan riggit samada melakukan modifikasi ataupun memasang komponen tambahan hanya untuk mendapatkan kepuasan mencapai satu matlamat, yakni prestasi enjin yang optimum. Selain daripada modifikasi ataupun pemasangan komponen asessori tambahan, pilihan alterbatif lainpula adalah melalui gabungan cecair aditif samada bahan berkenaan dicampur dengan minyak enjin ataupun petrol. Baru-baru ini Maju Motor Racing (MMR) di Shah Alam memberikan MRM beberapa botol produk sample keluaran X1R untuk diuji sejauh mana perbezaan serta peningkatan terhadap enjin Maxsym. Klik Sini
Terdapat dua jenis produk yang sesuai dengan enjin motosikal atau skuter diberikan kepada MRM untuk diuji secara intensif, iaitu : X-1R Small Engine Formula
dan X-1R Octane Booster
Sebelum itu, kedua-dua produk berkenaan telah diuji keatas enjin motosikal pasukan lumba Yamaha Maju Motor Racing. Ujian merangkumi penalaan enjin dan juga ujian Dyno. MRM telah mengambil kesempatan perjalan menyertai Terengganu Bike Week (TBW) di Kuala Terengganu sebagai landasan untuk menguji sejauh mana keberkesanan serta impak yang mampu diberikan menggunakan kedua-dua produk terbabit. Perjalanan merangkumi perjalan menggunakan lebuhraya dari Shah Alam ke Kuala Kangsar, kemudiannya menuju Grik sebelum menggunakan jalan yang berbukit bukau dari Grik ke Banding dan seterusnya ke Grik. Laluan seterusnya melalui Kota Bharu sebelum menggunakan jalan pantai dari Bachok hingga ke Kuala Terengganu dimana jumlah keseluruhannya adalah sejauh 730km.
Bagi memastikan MRM dapat memperolehi keputusan ujian yang berbeza antara penggunaan minyak aditif X-1R Small Engine Formula dan juga aditif untuk minyak petrol X-1R Octane Booster, dua Maxsym telah digunakan. X-1R Octane Booster Botol 12ml bahan aditif ini boleh digunakan untuk kuantiti tangki 75L, namun kadar minima yang boleh dituangkan sepenuhnya bagi satu botol adalah 19L. Ini bermakna bagi sebotol X-1R Small Engine Formula, pemilik Maxsym boleh menggunakannya sekurang-kurangnya empat kali penunangan penuh minyak petrol untuk tangki petrol Maxsym. Perlu dinyatakan terlebih dahulu, dalam ujian Dyno yang dilakukan di MMR, tiada sebarang peningkatan terhadap kuasa torque enjin yang diperolehi. Carta dyno menunjukkan alunan curve max torque yang sama dengan bahanapi yang tidak dicampur dengan X-1R Octane Booster pada enjin yang digunakan untuk tujuan ujian berkenaan. Sebaliknya enjin yang sama, apabila minyak enjinnya dicampur dengan X-1R Small Engine Formula, hasilnya berlainan pula. Terdapat peningkatan kira-kira 3 peratus prestasi max torque dan HP enjin. Tetapi apabila ujian jalan dilakukan, hasilnya menunjukkan sebaliknya. Ternyata Maxsym yang menggunakan campuran petrol dengan X-1R Octane Booster ternyata lebih berkuasa dan mampu meninggalkan dua skuter Maxsym lain, satu yang menggunakan bahan aditif X-1R Small Engine Formula manakala sebuah lagi Maxsym 'stock standard'. Maxsym yang menggunakan X-1R Octane Booster mampu mencapai kelajuan maksimum lebih pantas dari kedua-dua Maxsym lain dan hakikat ini diakui oleh penunggang Maxsym berkenaan. Beliau sendiri menyatakan selepas, mencampurkan bahan tersebut kedlaam tangki petrol skuternya, beliau dapat rasakan perbezaan dari segi pecutan dan juga kelancaran enjin...menarik bukan? X-1R Small Engine Formula Penulis menggunakan bahan aditif berkenaan keatas enjin Maxsym milik penulis yang menggunakan minyak enjin Castrol Power 1. Bagi setiap Liter pengeluar mengseyorkan dicampur dengan sebotol 12ml X-1R Small Engine Formula oleh itu, bagi enjin Maxsym, dua botol diperlukan dan perbezaan ketara yang dapat dirasakan adalah bunyi enjin yang lebih senyap dan terasa lancar. Bagaimanapun perbezaan itu tidak membawa kepada sebarang peningkatan terhadap kuasa enjin seperti yang ditunjukkan pada ujian Dyno sebelum ini dan kemungkinan juga peningkatan itu terlalu minimal dan tidak dapat dirasakan secara ketara ekoran minyak enjin sintetik penuh yang digunakan penulis.
Ini dapat disahkan ketika penulis menunggang di laluan jalan Grik, Banding menuju ke Jeli dimana selain daripada jalan yang berliku-liku diikuti dengan pendakian bukit, tahap altitude yang lebih tinggi dengan atmosfera udara yang lebih nipis yang boleh memberikan kesan kepada proses sistem pembakaran (combustion) enjin, namun perbezaannya adalah minimal. Skuter Maxsym kedua yang menggunakan bahan X-1R Octane Booster jelas dilihat lebih kuat daya pecutan keluar dari selekoh dan juga ketika mendaki jalan berbukit
Bagaimanapun, seperti enjin jenis Big Bore dan menggunakan sistem penyejukan air radiator, menunggang diatas jalan yang mendaki dan altitude tinggi, kebiasaannya suhu enjin akan meningkat, namun keadaan itu tidak berlaku keatas enjin Mxsym milik penulis yang telah dicampurkan dengan X-1R Small Engine Formula. Meter suhu kekal pada tahap dua Bar, berbanding tiga Bar yang biasa dialami oleh penulis menggunakan laluan yang sama beberapa minggu lalu tanpa penggunaan X-1R Small Engine Formula danhanya itu sahaja perbezaan ketara yang diperolehi Hasil dari pandu uji yang telah dijalankan, boleh juga MRM menegaskan bahawa setiap produk yang diuji memberikan perbezaan atau peningkatan tersendirinya. X-1R Small Engine Formula yang dicampur dengan jenis minyak enjin mineral biasa boleh memberikan anda prestasi yang mencapai tahap yang diberikan jika menggunakan minyak enjin jenis sintetik dan berprestasi tinggi. Manakala X-1R Octane Booster, seperti namanya memberikan suntikan tambahan octane atau kuasa lebihan kepada sistem pembakaran enjin sekaligus kita dapat merasakan peningkatan pada kuasa pecutan dan sedikit peningkatan kepada kelajuan maksima. Kesimpulannya, bagi mereka yang mahu melakukan perjalanan jauh, penggunaan X-1R Octane Booster boleh disyorkan untuk tahap optimum pecutan atau kelajuan manakala X-1R Small Engine Formula pula mungkin boleh digunakan bagi tujuan perjalanan seharian untuk melindungi enjin dari wear and tear.
Lebih dua ribu peminat dan pemilik motosikal membanjiri Dataran Pantai Burok di Kuala Trengganu menyertai program Terengganu Bike Week 2013.
Ternyata kepenatan dan kejerihan mengharungi cabaran bikers menunggang motosikal dan skuter mereka untuk menghadiri program berkenaan sememangnya memberikan kepuasan.
Semua penunggang, tidak kira kaum, agama mahupun kedudukan menjadi 'SERUMPUN' di acara tahunan yang secara kebetulannya juga sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Pelbagai aktiviti diatur oleh penganjur dan esoknya, mereka akan berkonvoi pula mengelilingi sekitar bandar Kuala Terengganu.
Namun disebalik kemeriahan dan gempak gempita bikers dari dalam dan luar di TBW, terselit juga berita sedih apabila dimaklumkan beberapa bikers ditimpa musibah, ada yang cedera dan lebih sedih lagi dikhabarkan ada juga biker yang meninggal dunia terbabit dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk menyertai TBW.
MRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang ditimpa musibah. Semuga ALLah Swt melimpahkan rahmat keatas mereka.
MRM juga ingin merakamkan ucapan syabas kepada pihak penganjur yang telah mengatur program TBW 2013 dengan teratur dan profesional.
Ada dua perkara yang hendak dibincang bagi posting kali ini. Pertama, menyelenggara engine oil strainer Maxsym anda dan kedua, mengatasi masalah kesan minyak enjin di sekitar bahagian bawah block enjin.
Oleh itu, elok kita mulakan dengan apakah itu 'Engine Oil Strainer'? Engine oil strainer bertindak sebagai filter saringan tahap kedua bagi memastikan pengaliran minyak enjin ke setiap bahagian enjin Maxsym anda tidak dicemari dengan bahan kotoran ataupun kandungan asing. Seperti yang diketahui, enjin maxsym mempunyai komponen Oil Filter, fungsinya ialah untuk menapis atau menyaring minyak enjin supaya minyak berkenaan bersih daripada sebarang pencemaran atau kotoran kandungan asing. Tujuannya adalah supaya enjin Maxsym anda beroperasi pada tahap optimum dan sistem pelinciran enjin juga sempurna. Seperti kebanyakan enjin motorsikal atau skuter berkapisiti besar, Maxsym jua mempunyai komponen tambahan iaitu Engine Oil Strainer yang bertindak sebagai komponen saringan minyak tahap kedua menyaring sebarang kandungan asing atau pencemaran minyak yang terlepas dari penapisan oil filter. Kesimpulannya, fungsi Engine Oil Strainer terbabit tidak kurang juga penting seperti Oil Filter dan perlu diselenggara pada waktu tertentu. Mengikut jadual berskala, masa yang terbaik untuk membuka, memeriksa dan membersihkan oil strainer pada Maxsym anda ialah antara setiap 15,000km hingga 20,000km. Oil strainer ini terletak di bahagian bawah block enjin.
Anda perlu menggunakan wrench untuk membukanya Kemudian bersihkan sebarang kotoran pada jaring filter menggunakan petrol
Antara sebab permukaan bahagian bawah enjin dipenuhi kesan minyak hitam adalah seal getah O-ring oils strainer yang sudah mengembang. Anda hanya perlu menggantikannya dengan jenis yang sama ataupun getah seal yang lebih tebal diameter
Pasangkan balik dan pastikan getah seal O-ring pada oil strainer berkenaan tidak terlipat atau berkedudukan songsang.
Ketatkan balik screw oil strainer menggunakan Torque wrench
Trend masakini di kalangan pemilik motorsikal atau skuter adalah menggunakan minyak enjin kereta menggantikan minyak enjin motorsikal. Pelbagai teori, alasan dan juga anggapan diketengahkan oleh mereka yang menggunakan minyak enjin kereta ini namun kesimpulannnya hanya satu saja, yakni penjimatan kos. Jika hendak dibahaskan amaln penggunaan minyak enjin kereta ini, tidak akan ada kesudahannya. Ada yang menyatakan bahawa sememangnya minyak enjin kereta tidak sesuai untuk kegunaan enjin motorsikal tapi boleh digunakan pada enjin skuter. Alasannya? Kerana enjin motorsikal menggunakan sistem klac, oleh itu aditif 'friction modifiers' yag terdapat dalam minyak enjin kereta boleh menyebabkan simptom 'clutch slippage'. Mereka juga mendakwa skuter mempunyai sistem gear jenis dry clutch CVT maka oleh itu, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada enjin skuter.
Benarkah? Hakikatnya: Pertama, enjin skuter ataupun motorsikal empat lejang yang bisasnya mempunyai RPM kitaran pukulrata 9000 PM memerlukan jauh lebih ketahanan daripada enjin kereta yang biasanya mempunyai kitaran RPM bawah 700o RPM. Kedua, enjin skuter beroperasi jauh LEBIH panas dan pantas dari enjin kereta sekaligus kemungkinan memiliki ciri kurang keupayaan minyak enjin untuk mengendalikan penyejukan dan melincirkan enjin. Oleh itu, secara logiknya sudah tentu minyak enjin khusus untuk skuter atau motorsikal dihasilkan secara khusus untuk mengatasi isu-isu yang disebutkan diatas, secara amnya penyejukan dan pelinciran enjin yang mempunyai kitaran RPM yang lebih tinggi.
Mungkin ramai yang tidak tahu, minyak enjin skuter atau motorsikal mempunyai kandungan aditif anti-wear dan anti-scuff serta ketahan ekstrim LIMA kali ganda lebih tinggi berbanding minyak enjin kereta. Selamatkah gunakan minyak enjin kereta? Itu soalan subjektif bergantung kepada pendapat individu, namun enjin skuter atau motorsikal yang menggunakan minyak enjin kereta akan berhadapan risiko kekerapan besar menghadapi masalah enjin akibat 'wear and tear' yang mungkin terhasil ekoran prestasi terhad minyak enjin kereta.
Antara tindakan yang efektif untuk merakam perjalanan anda dengan maxsym adalah dengan menggunakan perakam video.
Sebenarnya, banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan pemasangan perakam video ini, antaranya ialah merakamkan sesuatu detik, sebagai contoh kemalangan ataupun log perjalanan yang dilakukan.
Kini, pelbagai jenama kamera jenis DVR (Digital Video Recorder) boleh didapati di pasaran. Dari jenama yang menawarkan rakaman biasa hinggalah yang lebih teknikal merakamkan dalam format HD (High Defination) hingglah kepada model yang menawarkan rakaman video yang turut memaparkanmaklumat tambahan seperti kelajuan, lokasi dan lain-lain lagi.
Antara jenama yang terkenal ialah Go Pro buatan Amerika Syarikat dan juga banyak lagi jenama lain.
Di Malaysia, banyak kamera buatan dari China dan Taiwan juga membanjiri pasaran tempatan. Pelbagai jenis spefikasi ditawarkan dengan harga yang berpatutan di antara RM150-RM500.
MRM kali ini, mahu memperkenalkan kamera GPS DVR buatan Taiwan yang begitu ringkas dan mudah dipasang tetapi memiliki pelbagai ciri-ciri tambahan seperti GPS (Global Positioning System) logging location dan juga kelajuan.
Genius DVR-GPS300 adalah kamera DVR dilengkapi chip GPS yang mampu merakamkan perjalanan kenderaan anda disamping memaparkan kelajuan serta lokasi mengikut jejak GPS
Anda hanya perlu memasangnya di handle Maxsym dan ia begitu mudah untuk digunakan, hanya tekan sekali untuk menghidupkan kamera dan merakam, tekan sekali lagi untuk mematikan kamera berkenaan.
Ketika peminat-peminat skuter Maxi buatan Taiwan begitu hangat memperkatakan tentang beberapa model baru seperti Maxsym 400i, Kymco 200i, atau Kymco 500i mahupun Kymco Myroad 700i, kewujudan maxsym 600i masih menjadi tanda tanya dan misteri bukan sahaja di persada pemotoran skuter tempatan tetapi begitu juga senarionya di luar negara. Pada 2009 lalu, San Yang Motor (SYM) mengejutkan dunia motor skuter antarabangsa apabila sekaligus memperkenalkan dua model konsep, Maxsym 400 dan Maxsym 600 di pameran motosikal antarabangsa EICMA di Milan, Itali. Lihat Link Ini
Walaupun pada 2011 lalu, SYM telah mula memasarkan model maxsym 400i lanjutan dari dua model konsep yang dipamerkan di Milan sebelum ini, spefikasi dan tarikh pelancaran bagi model Maxsym 600 masih menjadi tanda tanya dan misteri sehingga kini. Secara umumnya, apa yang dirumuskan, maxsym 600i berkongsi rekaan casis, komponen dan rekabentuk sama seperti Maxsym 400i malah lewat tahun lalu, SYM juga telah mula memperkenalkan model dilengkapi sistem brek ABS - antara ciri dan komponen standard yang bakal dilengkapi pada model Maxsym 600i. Namun, persoalan yang masih menjadi tekaan dan tanda tanya adalah konfigurasi serta spefikasi enjinnya samada adakah Maxsym 600i bakal dibekalkan dengan enjin dua silinder atau mengekalkan konfigurasi big bore satu silinder. Dipercepatkan pada saat ini, 2013, konfigurasi model berkenaan masih menjadi tanda tanya dan perbualan hangat di kalangan peminat skuter SYM.
image courtesy: jorsindo.com
image courtesy: www.scooter-station.com
Beberapa foto yang dikatakan model maxsym 600i juga sudah mula tersiar di pelbagai laman siber namun kesahihan gambar model berkenaan tidak dapat disahkan. Laman ulasan produk motorsikal dan skuter, Ibike.com ada menyiarkan satu artikel mengenai model berkenaan namun mereka sendiri tidak dapat memastikan bila model terbabit akan dipasarkan begitu juga dengan konfigurasi komponen enjinnya. MRM percaya model berkenaan akan dikeluarkan, lebih-lebih lagi saingan terdekat SYM, Kymco telah mula memasarkan model baru 500 dan 700cc, cuma persoalannya ialah bila? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.