Setelah lebih sembilan bulan SYM Maxsym 400i berada di pasaran tempatan, jumlah pemilikannya juga semakin meningkat. Sememangnya skuter Maxi berkenaan dilihat sebagai belian terbaik berlandaskan nilai pembelian.
Namun begitu, tempoh setahun pertama akan menentukan samada ia benar-benar sebuah skuter maxi yang bagus. Jika dilihat secara umum, sememangnya Maxsym menepati citarasa pemiliknya, ruang barang yang besar, pengendalian yang stabil, reka bentuk yang menarik dan sebagainya.
Bagaimanapun, setiap ciri-ciri positi yang dilihat, ada juga kelemahan dan negatifnya. Sudah pastinya tidak perlulah MRM menyebut lagi isu meter bengong dan tindakan tidak 'gentleman' Mforce Bikes Holding dalam menangani isu berkenaan, tetapi ada ciri negatif lain yang lebih penting dan perlu dicari jalan penyelesaian secara teknikal oleh SYM Taiwan sendiri.
Sejak kebelakangan timbul masalah berkaitan bush engine mounting yang mula dihadapi oleh pemilik-pemilik Maxsym..Jumlah pemilik Maxsym yang terjejas semakin bertambah dan sudah pastinya situasi begini menimbulkan kebimbangan pemilik-pemilik terutamanya daripada segi aspek keselamatan penunggangan.
MRM sendiri terjejas dengan masalah engine mounting bush yang pecah. Apabila engine mounting bush itu pecah, penunggang akan menghadapi situasi penunggangan yang tidak stabil (terutamanya ketika sedang mengambl selekoh).
Getah Bush yang rosak
Pelbagai bunyi, gegaran dan juga sensasi terasa seperti ada benda yang longgar akan mencacatkan penunggangan.
Persoalannya, apakah yang menyebabkan komponen berkenaan begitu mudah gagal atau rosak? Adakah ia disebabkan design Flaw?
MRM mempunyai teori mengenai masalah ini. Sila ambil perhatian, ini adalah teori MRM sendiri secara peribadi dan berkemungkinan punca masalah itu adalah berlainan, namun rasanya wajar juga kita renungkan seketika dan selebihnya adalah baik juga kita bincangkan.
Bush getah menggunakan material lain gantikan bush OEM
Engine Mounting Bush yang rosak juga beri kesan sampingan kepada bearing
Ketika SYM Maxsym diketengahkan secara pra-preview kepada wartawan pemotoan di Eropah tiga tahun lalu, MRM ada terbaca suatu artikel ulasan ringkas mengenai Maxsym 400i ini. Seorang wartawan dari majalah pemotoran di Eropah menulis beliau ada mengutarakan soalan kepada SYM Taiwan mengenai rasa geggaran enjin yang ketara terutamanya di handle skuter berkenaan.
Menurutnya lagi, wakil dari SYM memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedar akan masalah itu dan sedang berusaha\mengambil langkah untuk mengurangkan gegaran yang dirasa kepada vesi skuter yang bakal diedarkan ke seluruh dunia nanti.
MRM telah meneliti getah bush yang dikatakan bermasalah itu dan mendapati ia lebih 'lembut' sikit berbanding SYM VTS 200. Adakah kemungkinan jurutera di SYM telah mereka dan menggunakan komposisi getah bush yang lebih lembut untuk menangani masalah getaran enjin ketara yang disebut oleh wartawan berkenaan?
MRM berpendapat ia tidak mustahil memandangkan masalah berkaitan bush itu mula timbul di sini. Faktor cara penunggangan, keadaan cuaca, keadaan jalan juga mungkin antara sebab penggunaan bush yang dipilih tidak sesuai atau tidak tahan di negara ini.
Perlu diingatkan juga, rekaan struktur frame dan enjin menyaksikan komponen enjin, swing arm, ekzos dan CVT case skuter jenis maxsym ini adalah membentuk kepada SATU unit berkait yang disokong oleh casis melalui penggunaan mounting.
Berbanding dengan rekaan seperti Gilera atau Tmax sebagai contoh, setiap komponen yang dinyatakan tidak digabung sebagai satu unit dan memiliki rekaan free swivel swing arm ..hanya bahagian enjin dan ekzos saja berfungsi sebagai satu unit.
Jadi secara teorinya, mounting design seperti Maxsym mempunyai beban yang lebih berbanding model lain yang disebut
Seperti yang lazimnya, berdasarkan pengalaman lalu, faktor yang sama juga sering menyebabkan komponen-komponen tertentu pada model-model SYM di Malaysia menghadapi masalah berterusan, contohnya seperti tengkok piping exhaust yang kerap patah yang dihadapi oleh pemilik VTS 200 ataupun screw pengikat swing arm yang mudah patah.
Kesimpulannya, mungkin Mforce Bike Holding a.k.a. SYM Malaysia perlu mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan pendekatan 'localisation' yakni menggantikan komponen-komponen berkenaan dengan bahan atau material yang lebih sesuai dengan keadaan cuaca dan geologi di negara ini.
MRM sedang mengambil langkah menukar bahan getah bush yang bermasalah itu dengan bahan Polyutherane yang lebih keras tetapi 'heavy duty' untuk menjalankan kajian dan penilaian sendiri sejauh mana bahan gantian itu lebih baik dari bahan OEM.
Artikel ini akan dikemaskini suatu masa kelak untuk menilai keberkesanan serta ketepatan teori yang diketengahkan oleh MRM.
Sym 400 tk leh start...kenapa ya
ReplyDeleteBaru dok survey ada sebuah maxsym harga 15k perbatuan 69k kelmari. Test begegar masa x jalan tu kuat sangat
DeleteBattery semua ok...sebelum jadi masaalah ni setiap kena amek masa tiga empatkali star baru hidup
ReplyDeleteMohon ada yg membantu InsyaAllah
ReplyDeleteBattery semua ok...sebelum jadi masaalah ni setiap kena amek masa tiga empatkali star baru hidup
ReplyDeleteCuba periksa starter relay. Dah nak rosak jika try bbrapa kali baru boleh start. Jika lansung dah xboleh start boleh cuba bypass jer di dua kepala skru yg ikat wire di starter relay tu utk sementara boleh guna cara tu.
ReplyDeleteSaya ada masallah, batery dah tukar baru minggu lepas, tapi 2-3 hari tak start je, battery weak, tak leh start, kena pakai jumper baru boleh start, kerap sangat macam tu sebelum tukar battery dan selepas tukar battery pun sama juga... siapa ada masallh yang sama, bagaimana nak selesaikannya.. please
ReplyDeleteCharging system....cuba periksa.regulator....
ReplyDelete