Friday, 22 March 2013

Alternatif Penyelesian Isu Meter Untuk Mforce


Baru-baru ini, MRM ada menyiarkan artikel berkaitan aduan yang dibuat oleh pemilik Maxsym kepada KPDNKK berhubung isu meter.

Sebelum MRM teruskan dengan lebih khusus lagi, pengunjung boleh merujuk kepada artikel berkaitan sebelum ini di sini dan di sini.

MRM juga ingin memaklumkan bahawa pada Oktober 2012 lalu, MRM dan sekumpulan pemilik Sym Maxsym ada mengunjungi ibupejabat Mforce Bike Holding yakni pengilang pemasang bagi Sym Malaysia dan telah secara rasmi menyerahkan memorandum kepada wakil Mforce dan meminta jasa baik Mforce untuk memperbetulkan dan seterusnya menggantikan meter yang dipasang mengikut spefikasi yang ditetapkan SENDIRI oleh Mforce kepada meter asal mengikut spefikasi SYM.



Ketika itu, kami diberikan alasan bahawa tiada piawaian khusus di negara ini berkaitan kalibrasi kelajuan meter bagi semua kenderaan di Malaysia.

Bagaimanapun, kami telah menerangkan kepada wakil syarikat terbabit, alasan piawaian yang diberikan tidak boleh diguna-pakai kerana isu utama yang menyebabkan masalah bacaan meter tidak tepatt adalah tindakan Mforce mengubah sukatan angka indikasi kelajuan pada meter Maxsym.



Lanjutan daripada pertemuan terbabit, wakil Mforce telah memberikan jaminan pada kami bahawa mereka akan menyelesaikan isu berkenaan dan terlebih dahulu akan mendapatkan maklum balas dari pihak principal manufacturer, iaitu SYM Taiwan untuk tindakan selanjutnya. Itu pada Oktober tahun lalu.

Beberapa bulan selepas itu sehingga bulan Februari lalu,  MRM telah membuat beberapa kunjungan ke kilang Mforce (SYM Malaysia) di Alma untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung isu meter berkenaan. Jawapan yang diiterima adalah sama - Quote "Kami masih menunggu makumbalas dari Taiwan...." end quote.

MRM juga telah diberikan beberapa meter yang dikatakan spec dari Europe dan UK untuk diuji, namun hasilnya masih sama : iaitu paparan angka indikasi yang tidak masuk akal (kelajuan maksimum 220kmh) berbanding 180kmh bagi spefikasi standard.

MRM juga telah menjalankan penyelidikan sendiri dan mendapati tidak wujud meter yang dikatakan 'UK spec' atau 'Europe spec' yang mempunyai angka indikasi kelajuan sehingga 220kmh - semuanya spefikasi standard iaitu 180kmh kecuali spefikasi meter di negara ini saja, 220kmh.

Bagi orang kuat-orang kuat Mforce, jika anda membaca artikel ini, begini sahaja lah....MRM memberikan anda jalan penyelesaian alternatif yang mudah, murah dan efektif. Bagaimana??? Teruskan membaca di bawah.


Pertama, sebenarnya tidak ada beza kalibrasi bagi menetapkan kelajuan pada meter spefikasi Malaysia dan mana-mana meter spefikasi yang dikeluarkan oleh SYM Taiwan. MRM telah pun menjalankan kaji selidik dan membuat perbandingan dengan meter Maxsym yang diedarkan di Singapura (Max 180kmh). Semua komponennya sama . Tidak ada masalah meter ringan sebenarnya. Lihat gambar di bawah.






Apa yang membezakan dan memberikan kesimpulan oleh pemilik-pemilik maxsym serta pihak-pihak lain bahawa meter Maxsym ringan ialah tindakan Mforce sendiri meminta principal (SYM Taiwan) mengubah papan pemuka meter dari asal 180kmh kepada 220kmh.



Lihat gambar perbezaan kelajuan  antara papan pemuka 180kmh asal dengan papan pemuka 220kmh Mforce. Lihat juga garisan penanda perbezaan yang tercatat. MRM rasa tidak perlu dapatkan khidmat pakar automotif ataupun jurutera ataupun maklum balas dari SYM Taiwan sendiri kerana puncanya adalah jelas dan jalan penyelesaiannya juga adalah jelas.

1- Mforce tidak perlu guna alasan mendapatkan maklumbalas dari pihak Taiwan untuk tidakan seterusnya atau proses 're-calibration' kerana TIDAK ADA proses 'recalibration' yang diperlukan
2- Mforce hanya perlu melaksanakan inisiatif notis 'recall' kepada pemilik Maxsym sedia ada dan hanya menggantikan papan pemuka (face plate) asal 180kmh  sahaja, jadi maknanya...tidak perlulah nak ganti seluruh komponen meter berkenaan. Jalan penyelesaian ini rasanya mudah dan murah.

Tetapkan saja masa dan MRM berpendapat pemilik Maxsym tidak bermasalah untuk diletakkan dalam waiting list sehinga giliran mereka ke SC untuk menukar papan pemuka asal yang dicadangkan.

Bola di kaki anda sekarang Mforce!