Baru-baru ini, MRM dimaklumkan oleh pemilik Maxsym dari Johor, saudara Azwan bahawa beliau telah memfailkan aduan rasmi mengenai komponen meter yang maxsym yang diedarkan oleh Sym Malaysia (Mforce Sdn Bhd).
Isu ini dah lama menjadi duri dalam daging bagi pemilik Maxsym sejak mula ia diedarkan pada Julai 2012 lalu.
Sila baca disini.
MRM ada menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan beliau mengapa isu berkenaan dibawa ketengah olehnya memandangkan proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan.
Apabila dinyatakan ' proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan ', MRM 'meminjam' ayat dari wakil Mforce sendiri mengenai permasalahan dan tuntutan pemiik maxsym supaya meter berkenaan digantikan dengan meter standard sama seperti Maxsym lain yang diedarkan di seluruh dunia.
Saudara Azwan ada menjelaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana berpendapat ia wajar dilakukan memandangkan beliau dimaklumkan ada beberapa pihak juga telah mengemukakan aduan yang sama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Beliau maklumkan, selepas aduan dibuat, pihak KPDNKK ada menghubunginya dan begitu juga beberapa wakil dari Mforce.
Jawapan (alasan?) yang diberikan oleh Mforce sma saja seperti yang diberikan kepada MRM dan juga sekumulan pemilik Maxsym yang bertindak menyerahkan memorandum menuntut meter itu ditukar pada Oktober lalu.
Boleh Terima pakai ke alasan yang diberikan???
Alasan yang pertama diberi:
Tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan.
Alasan yang kedua diberi:
Mforce sedang tunggu maklum balas dari Taiwan untuk proses selanjutnya.
Secara Rekod , alasan-alasan berkenaanlah acapkali diberikan kepada MRM danpemilik Maxsym lain.
MRM ingin menegaskan pada Mforce:
Pertama, walaupun tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan, namun isu utamanya adalah mengapa meter berkenaan diubah? Mforce nampaknya mempunyai niat tidak baik dengan cuba memesongkan isu sebenar dalam hal ini.
Kedua, alasan tiada badan tertentu menetapkan piawaian berkaitan tidak boleh diterima pakai kerana itu BUKAN isunya tetapi tindakan Mforce pandai-pandai sendiri mengubah papan muka meter berkenaan yang menjadi PUNCA isu dan masalah.
Ketiga, Mrm juga mempunyai asas dan maklumat yang kukuh diperolehi dari SYM Taiwan, bahawa Mforce sendiri yang meminta papan pemuka (dial face plate) diubah dari asalnya kelajuan maksimum yang tertera ialah 180kmh kepada 220kmh.
Jangan Permainkan Pemilik Maxsym
Sayugia diingatkan, statistik demografik pemilik Maxsym adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan, profesional, peniaga dan sebagainya. Sehubungan itu jangan cuba menghina kebijaksanaan kami dan juga mempermainkan kesabaran kami.
LIMA bulan dari tarikh kami menghantar memorandum secara rasmi berkaitan isu berkenaan adalah terlalu lama dan kesabaran kami semakin menipis dengan alasan dan penjelasan yang sama tanpa sebarang tindakan susulan yang konkrit.
Jika KPDNKK boleh menghubungi saudara Azwan 72 jam selepas aduan dibuat dan Mforce sendiri melalui wakilnya boleh juga menghubungi beliau 96 jam selepas itu, apa lagi alasan yang mahu digunakan untuk melengah-lengah atau mengelak memperbetulkan masalh yang diwujudkan oleh Mforce sendiri.
April ini adalah tarikh 'deadline' terakhir bagi Mforce untuk memperbetulkan keadaan dan berhadapanlah dengan puluhan aduan secara berkumpulan kepada KPDNKK jika maslah berkaitan meter ini tidak diselesaikan sebaik mungkin
saya setuju, ianya banyak memberi kesan kepada pemanduan kita dan pengukuran maklumat yang kurang tepat. Oleh yang demikian pengilang hendaklah bertindak dengan bijak sesuai dengan kenderaan yang di keluarkan kaualu tidak kami angap ini adalah sebahagian sampah yang di longokkan di Malaysia, sayang duit saya sudah terbuang di sini.
ReplyDeleteSaya sokong
ReplyDeleteBiar lah meter tu 180.janji tepat.agar senang utk kita mengagak kelajuan sebenar.
ReplyDeleteMmmm...saya pun rasa tertipu..intelektual kita dipermainkan.
ReplyDeleteAmboMony
Seremban
cariambo@gmail.com
Memang Mforce berniat memperbodohkn rakyat dan pemilik Maxsym..dari sini kita dapat melihat intergriti dan kebertanggjwban pihak Mforce sgt rendah trhadap perniagaannya. Jgn ingat, rkyat Malaysia senang2 diperbodohkn. Agak terasa rugi terhadap nilai duit yg kami belanjakan stelah memiliki Maxsym ini.
ReplyDeleteVan Seme
Sy baru semalam pergi ke Mforce segambut KL. Cite pasal meter tu...tapi mereka cakap tak boleh buat apa apa sebab tiada alasan untuk tukar.
ReplyDeletekesimpulannya motor ni x laju la...laju meter je lebih....br igt nk upgrade ke model ni.....teruskan usaha anda mendapatkan hak2 anda....klu degil jgk kita buka satu forum kondem habis-habisan....ni pernah berlaku masa kenaikan mendadak belting vts200 hr tu....last2 turun balik...
ReplyDeleteDo you need Extra Cash for start up your Business or need funds for Personal needs? Needing the funds to pay your due purchase/house/rentals/loans? WORRY STRESS FREE. Get your Extra Cash at 100% risk free loan. Extra Cash is open to all who is in need. Drop us an e-mail for further discussion and assistance @ mail to: ghalibsolution@gmail.com
ReplyDeleteWe are investment & finance firm specializing in bridge loans, real estate loans, business and personal loans, partnership, joint venture, infrastructural development, Debt Restructure, huge capital project funding etc with the utmost reliability/integrity has commence reviewing new applications & various projects in the new batch of fund issuing to interested individuals/firms for the executions of their various projects.
ReplyDeleteWe also funds projects of all sizes globally and has a amount niche that will meet your needs. Founded by Non public and confidential business entrepreneurs with extensive conventional residential and commercial loan experience. Serious inquiries only! Contact us now via Email at: triumphantfinanceltd@gmail.com
ReplyDeleteAre you looking for funds for your projects? We are a private lending firm that specialized in project funding and general financial service thus we offer worldwide loans at affordable interest rates. we do offer all types of loans from Personal loans, debt consolidation loans, business loans, real estate loans, Energy, Oil and Gas, Pharmaceuticals, Biotechnology, Emerging markets, Aviation, High-technology, communications, software, etc. Whereas our goal is to assist you with your immediate financial needs, as well as to develop a long term business relationship with you and your company. We are here to provide the best financial solution to help grow your business to its full potential. We pride ourselves in proven results by delivering a custom-tailored business solution to each of our clients. Feel free to contact us. Our rates are unbeatable and friendly, and our processes are very swift and time-sensitive! *We are open to all, if interested, kindly reply to us via email: triumphantfinanceltd@gmail.com Terms and Conditions apply