Tuesday, 9 April 2013

D.I.Y. - LED Day Running Light


Antara ciri-ciri unik ketrampilan skuter Maxsym ini adalah lampu day running light LEDnya..Dengan kombinasi sepasang lampu projector dan lampu LED, sememangnya mentrampilkan reka bentuk yang moden dan menarik.



Baru-baru ini, MRM cuba mempelbagaikan penampilan lampu LED berkenaan dengan mengubah warna lampu asal LED kepada beberapa kombinasi warna lain. Di bawah inilah hasilnya.







Untuk menukar warna lampu LED berkenaan sebenarnya amat mudah. Berbanding dengan model VTS atau Evo yang digam menggunakan silicon seal, komponen lampu Maxsym boleh dibuka dan dipasang menggunakan screw..



Bahagian komponen LED juga boleh dileraikan dengan membuka tiga screw yang diikat kepada komponen frame lampu utama itu sendiri.





Untuk mengubah dengan D.I.Y. , anda memerlukan soldering kit, mentol lampu LED yang biasanya boleh didapati di kedai-kedai elektronik dan sedikit kesabaran serta pengetahuan asas elektronik.



Selepas membuka coverset dan membuka cover belakang lampu utama, anda perlu membuka tiga screw untuk mengeluarkan komponen LED itu.





Kemudian, dengan menggunakan soldering kit, tanggalkan lampu LED yang hendak ditukar. Bersihkan dulu permukaan papan litar LED dan kemudian solder lampu LED baru yang anda pilih.






Pastikan arah pattern positive dan negative.

Pasang balik dan nikmatilah hasil kerja D.I.Y. anda.

Isu Meter - Perkembangan Terkini


MRM ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana agak lama tidak mengemaskini dengan bahan baru dalam blog ini. Akhir-akhir ini, banyak kerja tertangguh yang perlu diselesaikan.

Apapun, perkembangan terbaru mengenai kemelut meter 'bengong' skuter Maxsym yang diedarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd nampaknya semakin membara. MRM difahamkan lebih 40 aduan rasmi telah difailkan di Kementerian Pengguna Dalam Negeri Kedai dan Koperasi (KPDNKK) mengenai isu berkenaan.

Dalam hal ini, MRM mengambil sikap berpegang teguh kepada prinsip dan menyokong usaha kumpulan pembeli berkenaan. Tiada timbul soal, "Dah tolong settlekan claim warranty pun masih nak mengadu pasal meter dan sebagainya..."



Ayat di atas antara kenyataan yang diterima oleh  beberapa pemilik maxsym dari beberapa individu kakitangan syarikat itu yang telah dimaklumkan kepada MRM.

Sayugia diingatkan...urusan claim waranti tu sememangnya sudah menjadi hak pengguna dan syarikat berkenaan wajib menunaikannya. Soal claim warranty dan tuntutan supaya diperbetulkan masalah speedometer adalah dua perkara yang BERBEZA.

Walaubagaimanapun, MRM masih menaruh harapan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, walaupun Mforce beberapa kali cuba mengalihkan 'tiang gol' untuk mengelak berhadapan dengan pengguna (pemilik Maxsym) berhubung perkara berkaitan.