Showing posts with label Tips and Technical. Show all posts
Showing posts with label Tips and Technical. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Kurang Gegar = Kurang Ketahanan?




Setelah lebih sembilan bulan SYM Maxsym 400i berada di pasaran tempatan, jumlah pemilikannya juga semakin meningkat. Sememangnya skuter Maxi berkenaan dilihat sebagai belian terbaik berlandaskan nilai pembelian.

Namun begitu, tempoh setahun pertama akan menentukan samada ia benar-benar sebuah skuter maxi yang bagus. Jika dilihat secara umum, sememangnya Maxsym menepati citarasa pemiliknya, ruang barang yang besar, pengendalian yang stabil, reka bentuk yang menarik dan sebagainya.

Bagaimanapun, setiap ciri-ciri positi yang dilihat, ada juga kelemahan dan negatifnya. Sudah pastinya tidak perlulah MRM menyebut lagi isu meter bengong dan tindakan tidak 'gentleman' Mforce Bikes Holding dalam menangani isu berkenaan, tetapi ada ciri negatif lain yang lebih penting dan perlu dicari jalan penyelesaian secara teknikal oleh SYM Taiwan sendiri.

Sejak kebelakangan timbul masalah berkaitan bush engine mounting yang mula dihadapi oleh pemilik-pemilik Maxsym..Jumlah pemilik Maxsym yang terjejas semakin bertambah dan sudah pastinya situasi begini menimbulkan kebimbangan pemilik-pemilik terutamanya daripada segi aspek keselamatan penunggangan.

MRM sendiri terjejas dengan masalah engine mounting bush yang pecah. Apabila engine mounting bush itu pecah, penunggang akan menghadapi situasi penunggangan yang tidak stabil (terutamanya ketika sedang mengambl selekoh).

Getah Bush yang rosak 


Pelbagai bunyi, gegaran dan juga sensasi terasa seperti ada benda yang longgar akan mencacatkan penunggangan.



Persoalannya, apakah yang menyebabkan komponen berkenaan begitu mudah gagal atau rosak? Adakah ia disebabkan design Flaw?

MRM mempunyai teori mengenai masalah ini. Sila ambil perhatian, ini adalah teori MRM sendiri secara peribadi dan berkemungkinan punca masalah itu adalah berlainan, namun rasanya wajar juga kita renungkan seketika dan selebihnya adalah baik juga kita bincangkan.

Bush getah menggunakan material lain gantikan bush OEM

Engine Mounting Bush yang rosak juga beri kesan sampingan kepada bearing


Ketika SYM Maxsym diketengahkan secara pra-preview kepada wartawan pemotoan di Eropah tiga tahun lalu, MRM ada terbaca suatu artikel ulasan ringkas mengenai Maxsym 400i ini. Seorang wartawan dari majalah pemotoran di Eropah menulis beliau ada mengutarakan soalan kepada SYM Taiwan mengenai rasa geggaran enjin yang ketara terutamanya di handle skuter berkenaan.

Menurutnya lagi, wakil dari SYM memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedar akan masalah itu dan sedang berusaha\mengambil langkah untuk mengurangkan gegaran yang dirasa kepada vesi skuter yang bakal diedarkan ke seluruh dunia nanti.

MRM telah meneliti getah bush yang dikatakan bermasalah itu dan mendapati ia lebih 'lembut' sikit berbanding SYM VTS 200. Adakah kemungkinan jurutera di SYM telah mereka dan menggunakan komposisi getah bush yang lebih lembut untuk menangani masalah getaran enjin ketara yang disebut oleh wartawan berkenaan?

MRM berpendapat ia tidak mustahil memandangkan masalah berkaitan bush itu mula timbul di sini. Faktor cara penunggangan, keadaan cuaca, keadaan jalan juga mungkin antara sebab penggunaan bush yang dipilih tidak sesuai atau tidak tahan di negara ini.

Perlu diingatkan juga, rekaan struktur frame dan enjin menyaksikan komponen enjin, swing arm, ekzos dan CVT case skuter jenis maxsym ini adalah membentuk kepada SATU unit berkait yang disokong oleh casis melalui penggunaan mounting.

Berbanding dengan rekaan seperti Gilera atau Tmax sebagai contoh, setiap komponen yang dinyatakan tidak digabung sebagai satu unit dan memiliki rekaan free swivel swing arm ..hanya bahagian enjin dan ekzos saja berfungsi sebagai satu unit.

Jadi secara teorinya, mounting design seperti Maxsym mempunyai beban yang lebih berbanding model lain yang disebut

Seperti yang lazimnya, berdasarkan pengalaman lalu, faktor yang sama juga sering menyebabkan komponen-komponen tertentu pada model-model SYM di Malaysia menghadapi masalah berterusan, contohnya seperti tengkok piping exhaust yang kerap patah yang dihadapi oleh pemilik VTS 200 ataupun screw pengikat swing arm yang mudah patah.

Kesimpulannya, mungkin Mforce Bike Holding a.k.a. SYM Malaysia perlu mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan pendekatan 'localisation' yakni menggantikan komponen-komponen berkenaan dengan bahan atau material yang lebih sesuai dengan keadaan cuaca dan geologi di negara ini.

MRM sedang mengambil langkah menukar bahan getah bush yang bermasalah itu dengan bahan Polyutherane yang lebih keras tetapi 'heavy duty' untuk menjalankan kajian dan penilaian sendiri sejauh mana bahan gantian itu lebih baik dari bahan OEM.

Artikel ini akan dikemaskini suatu masa kelak untuk menilai keberkesanan serta ketepatan teori yang diketengahkan oleh MRM.


Tuesday, 9 April 2013

D.I.Y. - LED Day Running Light


Antara ciri-ciri unik ketrampilan skuter Maxsym ini adalah lampu day running light LEDnya..Dengan kombinasi sepasang lampu projector dan lampu LED, sememangnya mentrampilkan reka bentuk yang moden dan menarik.



Baru-baru ini, MRM cuba mempelbagaikan penampilan lampu LED berkenaan dengan mengubah warna lampu asal LED kepada beberapa kombinasi warna lain. Di bawah inilah hasilnya.







Untuk menukar warna lampu LED berkenaan sebenarnya amat mudah. Berbanding dengan model VTS atau Evo yang digam menggunakan silicon seal, komponen lampu Maxsym boleh dibuka dan dipasang menggunakan screw..



Bahagian komponen LED juga boleh dileraikan dengan membuka tiga screw yang diikat kepada komponen frame lampu utama itu sendiri.





Untuk mengubah dengan D.I.Y. , anda memerlukan soldering kit, mentol lampu LED yang biasanya boleh didapati di kedai-kedai elektronik dan sedikit kesabaran serta pengetahuan asas elektronik.



Selepas membuka coverset dan membuka cover belakang lampu utama, anda perlu membuka tiga screw untuk mengeluarkan komponen LED itu.





Kemudian, dengan menggunakan soldering kit, tanggalkan lampu LED yang hendak ditukar. Bersihkan dulu permukaan papan litar LED dan kemudian solder lampu LED baru yang anda pilih.






Pastikan arah pattern positive dan negative.

Pasang balik dan nikmatilah hasil kerja D.I.Y. anda.

Tuesday, 2 April 2013

D.I.Y. Tukar Minyak Enjin oleh Azwan


Saudara Azwan dari Kluang Johor mengirimkan email besertakan bahan artilkel panduan untuk menukar minyak enjin, Oil Filter dan membersihkan air filter untuk dikongsi bersama dengan pemilik Maxsym lain.
MRM merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada beliau.

Selamat mencuba

Sharing is caring jom kita share kaedah servis/ tukar minyak enjin Maxsym. 
Nak share kat fb panjang sangat.



Peralatan diperlukan:
Sebuah Maxsym ;p





Minyak enjin 2 liter, filter cartridge (setiap 10K km), spanar 8mm, 17mm, 23mm, screwdriver, dll.




Mula2, persediaan tempat;




Buka getah alas kaki sebelah kiri (atas bawah)



Buka 2 skru pada lantai


Buka skru dekat footrest belakang



Buka 1 skru pada lantai atas (tempat kita selalu lunjur kaki)


Buka 1 skru tepi radiator. Yang bawah je. Yang atas tak payah.



Perlahan2 cabut coverset bawah tu. Kena tarik dari tengah ke belakang. Awas jangan ada clip patah.





Buka cover CVT (4 skru) saiz 8mm



Nampak dah tempat oil filter cartridge



Buka penutup isi minyak, drain plug, dan biarkan minyak lama keluar. Tadah bebaik.



Sambil2 tunggu minyak turun, bole buka air filter dan tembak angin / ketuk. ada 6 skru.


Bila minyak dah turun semua, buka cover mesh filter menggunakan spanar box 23. Bersihkan mesh.




Buka cover filter cartridge (3 skru).



Filter yang lama vs yang baru



Bersihkan semua, masukkan filter cartridge baru, pasang semula filter mesh, drain plug, masukkan minyak baru 1.9 liter. 


Pasang balik sumer cover.

Thursday, 21 March 2013

Minyak Enjin


Jika anda jenis yang tidak berapa ambil berat tentang penjagaan skuter anda, perkara yang paling mudah ialah sekurang-kurangnya ambil berat tentang minyak enjin skuter anda. Jika ia dipantau dan diselenggara mengikut jadual berkala yang ditetapkan dan kandungan minyak enjin yang disyorkan, insyaalah enjin skuter Maxsym anda akan tahan lama sekaligus berkemungkinan juga mengelakkan sebarang kerosakan yang akan menelan belanja kos yang tinggi.

If you are not the type of rider who are very particular in maintaining your scooter, the least effort that it will have on you is to make sure it has the proper  engine oil and changed at the proper intervals. This norm  will go a long way  prolonging the life of your scooter and avoiding breakdowns and costly repairs.



Seperti yang diketahui, enjin Maxsym menggunakan minyak enjin 4 lejang dan ia melindungi komponen enjin disamping mengurangkan geseran (friction) dan pada jangka masa tertentu, minyak enjin berkenaan akan menjadi 'kotor' dan mula mengandungi bahan-bahan sisa yang dihasilkan dari geseran. Sehubungan itu, minyak enjin perlu ditukar mengikuta jadual berkala seperti yang disyorkan oleh pengilang.

Walaupun disyorkan penukaran minyak enjin dibuat mengikut jadual berkala yang ditetapkan, ada kalanya keadaan penunggangan yang agak lasak, haba yang tinggi dan juga debu atau habuk akan memendekkan jadual berkala untuk menukar minyak enjin berkenaan.

Cara yang mudah ialah dengan menetapkan jadual berkala penukaran minyak enjin Maxsym anda berlandaskan cara penunggangan anda, faktor keadaan jalan dan jarak perjalanan harian.

Jika anda kerapa menunggang secara 'lasak' dan merangkumi jarak melebihi 100km sehari, tidak menjadi kesalahan untuk memendekkan tempoh penukaran minyak enjin yang disyorkan kerana kesan jangka panjangnya, rutin sedemikian akan membantu mengekalkan prestasi disamping memanjangkan jangka hayat enjin.



As you know, engine oil circulates in the engine to provide lubrication to the metal on metal surfaces. This helps to reduce friction and in the process, it gradually collects impurities and breaks down and therefore must be changed at periodic intervals as required or suggested by the manufacturer.

Having said that, sometimes, harsh conditions such as excessive heat, dust, etc, will also shorten the intervals between oil changes and it does not hurt if you shortened the oil change intervals by doing it more frequently – this is cheap insurance and your scooter will love you for it.



Banyak perbahasan di sana-sini berkaitan jenama minyak enjin yang terbaik untuk suter tertentu.

Bagaimanapun, pada asasnya yang perlu kita tetapkan adalah gred minyak enjin yang betul, yakni bagi skuter Maxsym ialah 10W 40. Keduanya, ada pelbagai jenis minyak enjin sebagai contoh minyak berasaskan sintetik atau minyak enjin biasa mahupun minyak enjin berprestasi tinggi yang lazimnya digunakan untuk perlumbaan.

Anda juga dinasihatkan jangan mengamalkan tabiat menokok tambah minyak enjin di enjin anda menggunakan jenama berbeza ataupun jenis berbeza. contoh..menambah minyak enjin jenis biasa ke dalam enjin yang terlebih dahulu diisi denganminyak enjin sintetik.

Tetapkan hanya satu jenama piihan anda dan kekalkan penggunaan jenama yang dipilih dan jika anda membuat keputusan mahu menukar pada jenis jenama lain, pastikan ia dilakukan seiring dengan jadual untuk menukar oil filter sekali.

There is a lot of debate about which is the best type of engine oil for a particular scooter. The rule of thumb is, make sure the oil is the correct grade as specified in your owner’s manual. Then there are synthetics,, non-synthetic, and performance race engine oils.

In general, you should not mix and match the types of oil in your engine – for example, don’t top up a synthetically filled scooter with a non synthetic. Get a good brand and stick with that brand and type until the next oil change when you may decide to make a switch and try to do it simultaneously when it's time to replace the oil filter.

Monday, 18 March 2013

Hi-Lo


Beberapa hari yang lalu, Maxsym MRM mengadapi masalah dengan lampu utamanya. Didapati sistem shutter Hi-Lo bagi lampu sebelah kanan sudah tidak berfungsi manakala pancaran kedua-dua lampu pula tidak sekata



MRM membuat keputusan untuk pergi ke salah sebuah kedai yang berstatus 'Authorised Service Center' untuk mendapat kepastian punca sistem shutter Hi-Lo terbabit gagal berfungsi dan mendapat berita yang tidak berapa gembira apabila dimaklumkan oleh mekanik yang melakukan pemeriksaan keatas lampu berkenaan bahawa ia telah rosak dan perlu diganti.

Harga alat ganti bagi komponen berkenaan pula bukanlah murah,  iaitu RM822 bagi satu unit (bukan satu SET), maka MRM pun mengambil keputusan untuk membiarkan dulu dan pulang.



Namun dalam perjalanan pulang, MRM terfikir pulak, " bagaimana jika kerosakan itu bukan pada unit lampu itu sendiri dan mungkinkah bahagian yang rosak berkenaan boleh diperiksa dengan lebih terperinci dan dibaiki?"

MRM, kemudian mengubah destinasi dan menghal;a ke Maju Motor Racing di Sek 16 Shah Alam bertujuan untuk menggunakan peralatan bengkel terbabit untuk membuka dan seterusnya membaraikan komponen lampu berkenaan.





Seperti yang dijangka, selepas membaraikan lampu kanan yang bermasalah itu, satu persatu komponen berkaitan termasuk magnetic coil  yang menggerakkan kerangka shutter Hi-Lo berkenaan diuji dan diperiksa, hasilnya adalah penemuan kegagalan shutter Hi-Lo untuk berfungsi disebabkan penyambung frame yang menggerakkan shutter berkenaan telah tertanggal.

Setelah membetulkan masalah itu, dan diuji....suksess!! shutter kembali berfungsi seperti normal.



Moral kepada pengalaman ini adalah, adakalanya kita tidak perlu menerima bulat-bulat kesimpulan atau pendapat seseorang mekanik dan kita kadang kala perlu berfikir diluar kotak untuk menyelesaikan masalah itu

A few days ago, my Maxsym faced with a problem related to the Hi-Lo shutter mechanism. It seems that the light projection of projector type headlamp was not even and the left projection is abnormally too high.

So I decided to drop by at an authorised service centre in Kuala Lumpur to have it checked and also rectified.

I was informed by the service personnel who made the inspection that my Maxsym's left headlamp is damaged and needs to be replaced. The quoted price for one unit of the main headlamp (not one SET, mind you) is RM822. It was expensive so I made the decision to let it be for the moment and replace it later when I have the budget.

Anyway, during the ride headingto home, it strucked me , "what if I dissamble the unit for in depth inspection and see for my self the source of the problem..what if it can be fixed?"

I then head for Maju Motor Racing at Section 16, Shah Alam with the intention to make use of the workshop's tools to dismantle the component. A detailed inspection was carried out and every single component including the magnetic coil that activates the Hi-lo shutter was inspected and tested. 

After identifying the source of the problem, it was the single arm pin that connect the mechanism from the shutter to the magnetic coil was detached and lodged itself between the spring. After carefully assembling it back and sprayed it with WD 40, hey presto!! it worked.

So, the moral of the story is...sometime you need not take it word by word what some service personel would tell you of his diagnosis and conclusion. Sometime, we do need to think out of the box to solve certain problems  

Sunday, 17 March 2013

D.I.Y. - Ganti Washer Getah Windshield


Bagi yang sudah menggunakan Maxsym lebih dari lima atau enam bulan, ada masanya kita boleh dengar bunyi geseran seperti ada yang longgar di sekitar meter atau compartment depan. Lazimnya, kita berkesimpulan ada komponen yang longgar di bahagian dalam coverset. Bunyi demikian begitu ketara sekali apabila Maxsym bergerak dari statik dan memecut ke kelajuan tertentu.

Sebenarnya, punca bunyi berkenaan bukan dari bahagian yang difikirkan tetapi dari visor windshield.

Windshield Maxsym diikat ketatkan melalui enam batang screw dan bagi setiap lubang ada washer besi dan juga washer getah. Biasanya selepas tempoh tertentu, washer getah berkenaan akan mengeras atas beberapa faktor seperti terdedah kepada cuaca dan seterusnya terkoyak atau mengecut sekaligus menyebabkan screw pengikat berkenaan longgar dan menerbitkan bunyi ala geseran atau gegaran yang tidak berapa disenangi.

Anda boleh mengatasi masalah ini sendiri melalui kaedah D.I,.Y. namun terlebih dahulu anda perlu  membeli alat ganti washer getah berkenaan di service centre dengan harga RM12 untuk satu set enam washer getah

Anda perlu membuka cover palstic garnish windshield berkenaan dan kemudiannya membuka enam screw yang disebutkan tadi.



Kemudian tanggalkan washer getah yang telah rosak samada mengumpilnya menggunakan screw driver ataupun playar.





Masukkan balik washer getah baru dan pasang balik komponen windshield berkenaan.




Langkah pilihan tambahan yang boleh dilakukan untuk memanjangkan jangka hayat washer getah berkenaan ialah dengan menambah lapik washer getah tambahan seperti gambar di bawah.




Washer tambahan itu sebenarnya mudah didapati di kedai-kedai Harfware ataupun kedai D.I.Y.

Lekatkan atau lapikkan dulu washer tambahan berkenaan dan kemudiannya pasang balik windshield.

Apabila mengetatkan balik screw pada lubang windshield berkenaan, jangan mengikat terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan keretakan kepada mounting hole di windshield berkenaan.

Selamat Mencuba


Those who have owned a Maxsym for more than five months or above may have experienced some irritating noise due to vibrations from the meter cluster or front compartment area. Normally we would assume that the irritating sound eminates from the inner xover set area. The sound is also very pronounced when you are accelerating from standstill up to a certain speed.

That irritating sound actually came from the visor windshield mounting.

Maxsym visor windshield is secured by six nuts with a cylindrical washer and rubber mountings. Narmally after certain period, the rubber mounting becomes hardened and started to tear off or shrunk due to various factors such as being exposed to weather conditions hence resulting the the metal washer on the mounting screw becoming loose.

You can fix this problem by D.I,.Y, but first you need to purchased the set consisting of six rubber mounting replacement parts from your local service service and parts dealer.

First dismatle the plastic garnish cover by unscrewing two screws located under the cover and then unscrew the six nuts that fasten the windshiel to the metal frame.

Then removed the damaged rubber mountings by using a screw driver or a plyer and insert the new ones, and install it back.

Alternatively, you can also add extra rubber mountings or washer to extend the rubber mountings life span. Those rubber washer are easily obtainable at you local hardware or D.I.Y. store.

Place the rubber washer on top of the screw holes at the metal frame, then install the visor windshield and fasten back the nuts.

Be extra carefull not to over tighten the nuts with excessive force as it can damage for instance cracked the plastic mounting holes on the windshield.