Tuesday, 26 February 2013

DVR GPS Camera

Antara tindakan yang efektif untuk merakam perjalanan anda dengan maxsym adalah dengan menggunakan perakam video.

Sebenarnya, banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan pemasangan perakam video ini, antaranya ialah merakamkan sesuatu detik, sebagai contoh kemalangan ataupun log perjalanan yang dilakukan.

Kini, pelbagai jenama kamera jenis DVR (Digital Video Recorder) boleh didapati di pasaran. Dari jenama yang menawarkan rakaman biasa hinggalah yang lebih teknikal merakamkan dalam format HD (High Defination) hingglah kepada model yang menawarkan rakaman video yang turut memaparkanmaklumat tambahan seperti kelajuan, lokasi dan lain-lain lagi.

Antara jenama yang terkenal ialah Go Pro buatan Amerika Syarikat dan juga banyak lagi jenama lain.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut



Di Malaysia, banyak kamera buatan dari China dan Taiwan juga membanjiri pasaran tempatan. Pelbagai jenis spefikasi ditawarkan dengan harga yang berpatutan di antara RM150-RM500.

MRM kali ini, mahu memperkenalkan kamera GPS DVR buatan Taiwan yang begitu ringkas dan mudah dipasang tetapi memiliki pelbagai ciri-ciri tambahan seperti GPS (Global Positioning System) logging location dan juga kelajuan.

Genius DVR-GPS300 adalah kamera DVR dilengkapi chip GPS yang mampu merakamkan perjalanan kenderaan anda disamping memaparkan kelajuan serta lokasi mengikut jejak GPS

                                        

Klik Sini Untuk Makumat Lanjut

Anda hanya perlu memasangnya di handle Maxsym dan ia begitu mudah untuk digunakan, hanya tekan sekali untuk menghidupkan kamera dan merakam, tekan sekali lagi untuk mematikan kamera berkenaan.










Maxsym 600i...Mitos?


Ketika peminat-peminat skuter Maxi buatan Taiwan begitu hangat memperkatakan tentang beberapa model baru seperti Maxsym 400i, Kymco 200i, atau Kymco 500i mahupun Kymco Myroad 700i, kewujudan maxsym 600i masih menjadi tanda tanya dan misteri bukan sahaja di persada pemotoran skuter tempatan tetapi begitu juga senarionya di luar negara.

Pada 2009 lalu, San Yang Motor (SYM) mengejutkan dunia motor skuter antarabangsa apabila sekaligus memperkenalkan dua model konsep, Maxsym 400 dan Maxsym 600 di pameran motosikal antarabangsa EICMA di Milan, Itali.

Lihat Link Ini 


Walaupun pada 2011 lalu, SYM telah mula memasarkan model maxsym 400i lanjutan dari dua model konsep yang dipamerkan di Milan sebelum ini, spefikasi dan tarikh pelancaran bagi model Maxsym 600 masih menjadi tanda tanya dan misteri sehingga kini.

Secara umumnya, apa yang dirumuskan, maxsym 600i berkongsi rekaan casis, komponen dan rekabentuk sama seperti Maxsym 400i malah lewat tahun lalu, SYM juga telah mula memperkenalkan model dilengkapi sistem brek ABS - antara ciri dan komponen standard yang bakal dilengkapi pada model Maxsym 600i.

Namun, persoalan yang masih menjadi tekaan dan tanda tanya adalah konfigurasi serta spefikasi enjinnya samada adakah Maxsym 600i bakal dibekalkan dengan enjin dua silinder atau mengekalkan konfigurasi big bore satu silinder.

Dipercepatkan pada saat ini, 2013, konfigurasi model berkenaan masih menjadi tanda tanya dan perbualan hangat di kalangan peminat skuter SYM. 


image courtesy: jorsindo.com

image courtesy: www.scooter-station.com


Beberapa foto yang dikatakan model maxsym 600i juga sudah mula tersiar di pelbagai laman siber namun kesahihan gambar model berkenaan tidak dapat disahkan.

Laman ulasan produk motorsikal dan skuter, Ibike.com ada menyiarkan satu artikel mengenai model berkenaan namun mereka sendiri tidak dapat memastikan bila model terbabit akan dipasarkan begitu juga dengan konfigurasi komponen enjinnya.

MRM percaya model berkenaan akan dikeluarkan, lebih-lebih lagi saingan terdekat SYM, Kymco telah mula memasarkan model baru 500 dan 700cc, cuma persoalannya ialah bila?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.