Ketika peminat-peminat skuter Maxi buatan Taiwan begitu hangat memperkatakan tentang beberapa model baru seperti Maxsym 400i, Kymco 200i, atau Kymco 500i mahupun Kymco Myroad 700i, kewujudan maxsym 600i masih menjadi tanda tanya dan misteri bukan sahaja di persada pemotoran skuter tempatan tetapi begitu juga senarionya di luar negara.
Pada 2009 lalu, San Yang Motor (SYM) mengejutkan dunia motor skuter antarabangsa apabila sekaligus memperkenalkan dua model konsep, Maxsym 400 dan Maxsym 600 di pameran motosikal antarabangsa EICMA di Milan, Itali.
Lihat Link Ini
Walaupun pada 2011 lalu, SYM telah mula memasarkan model maxsym 400i lanjutan dari dua model konsep yang dipamerkan di Milan sebelum ini, spefikasi dan tarikh pelancaran bagi model Maxsym 600 masih menjadi tanda tanya dan misteri sehingga kini.
Secara umumnya, apa yang dirumuskan, maxsym 600i berkongsi rekaan casis, komponen dan rekabentuk sama seperti Maxsym 400i malah lewat tahun lalu, SYM juga telah mula memperkenalkan model dilengkapi sistem brek ABS - antara ciri dan komponen standard yang bakal dilengkapi pada model Maxsym 600i.
Namun, persoalan yang masih menjadi tekaan dan tanda tanya adalah konfigurasi serta spefikasi enjinnya samada adakah Maxsym 600i bakal dibekalkan dengan enjin dua silinder atau mengekalkan konfigurasi big bore satu silinder.
Dipercepatkan pada saat ini, 2013, konfigurasi model berkenaan masih menjadi tanda tanya dan perbualan hangat di kalangan peminat skuter SYM.
image courtesy: jorsindo.com
image courtesy: www.scooter-station.com
Beberapa foto yang dikatakan model maxsym 600i juga sudah mula tersiar di pelbagai laman siber namun kesahihan gambar model berkenaan tidak dapat disahkan.
Laman ulasan produk motorsikal dan skuter, Ibike.com ada menyiarkan satu artikel mengenai model berkenaan namun mereka sendiri tidak dapat memastikan bila model terbabit akan dipasarkan begitu juga dengan konfigurasi komponen enjinnya.
MRM percaya model berkenaan akan dikeluarkan, lebih-lebih lagi saingan terdekat SYM, Kymco telah mula memasarkan model baru 500 dan 700cc, cuma persoalannya ialah bila?
Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment