Seorang lagi maxsym rider harimau Malaya, bro pian kita dari Pulau Pinang. Corak tema lebih kurang sama cuba ada sedikit perbezaan saja jika kita amati dengan teliti
Friday, 22 February 2013
Maxsym Harimau Malaya
Ini gambar Maxsym yang bermotifkan dekal tema Harimau Malaya. Maxsym ni milik saudara Azari Aziz dari Sungei Petani, Kedah. Menarik juga rekaan tema skuternya
Maxsym 101 - Pendawaian
Ramai pemilik maxsym yang tambah pelbagai assesori tambahan pada skuter mereka. Antara yang paling lazim adalah adalah air horn sepert Bosch atau Hella.
Ada juga yang pasang Running Light ataupun lampu tambahan. Namun ada masanya, mereka hanya menyerahkan saja bulat-bulat kepada mekanik di workshop (ada juga yang pasang sendiri ala D.I.Y).
Seelok-eloknya, anda kena ketahuilah serba sedikit asas atau 'rule of thumb' supaya pemasangan assesori itu tidak akan mendatangkan masalah atau lebih teruk lagi musibah contohnya, yang boleh menyebabkan litar pintas sekaligus boleh menyebabkan sistem pendawaian terbakar
1) Pastikan penyambungan dibuat oleh mereka yang berpengalaman dan berkelayakan
2) Susunan atur wayar tambahan perlu kemas dan tidak mengganggu sistem pendawaian asal skuter anda
3) Jangan ikat terlalu ketat wayar tambahan yang dipasang, banyak perkara buruk boleh berlaku
Anda boleh rujuk rajah di bawah ini sebagai panduan dan pengetahuan

Maxsym Yob Siput Bakar
Semua ada citarasa, baik masa menikmati hidangan, pakaian ataupun kenderaan dan apa-apa saja. Kali ini MRM nak perkenalkan saudara Ramhim a.k.a imto PJY.
Bagi yang dah permah pergi ke gerainya, Yop Siput Bakar di Jalan Akuarium, Gelugor, Pulau Pinang pasti akan merasa keunikan dan kelazatang aneka hidangan siput bakar yang disajikan.
Rupanya, saudara Rahim jugak ada citarasanya tersendiri bila memilih skuter, di bawah gambar skuternya

Decal design Maxsym
Saudara Mohd Taufik Zulkefli kita a.k.a Trustdesign bermurah berkongsi dengan MRM beberapa motif design decal untuk pemilik Maxsym.
Beliau berasal dari Ipoh, Perak dan sekarang ini berkerja sebagai pensyarah di Jabatan Senireka di UiTM Sg.Petani,Kedah. Sebelum ini beliau berkhidmat dengan Naza Bikes Sdn Bhd sebagai seorang pereka.
Mari kita kongsi dan nikmati beberapa design yang dihasilkan beliau khusus untuk pemilik Maxsym.
Pada mereka yang berminat untuk dapat khidmat beliau mereka motif design decal untuk skuter masing-masing, beliau boleh dihubungi melalui: trustdesign08@yahoo.com
Tapi...kena hulurkan sikit saguhati untuk masa dan kerjanya ya...
Berapa Boleh Maksimum?
Lazimnya, itulah yang kerap jadi pertanyaan dan perbualan bila pemilik-pemilik skuter ni bertemu. Ada yang berkata, "Aku dapat 180kmh je....". Ada juga yang mencelah, " Setakat 200kmh....senang-senang je..."
Hmm 200kmh.....
Apa??? 200kmh?? Jangan terperanjat saudara dan saudari, sebenarnya meter maxsym ni tidak ikut sukatan yang benar. Bila kata tidak ikut sukatan ni, bukan juga bermakna meternya ringan.
Terima kasih kepada ahli-ahli 'marketing' di Sym Malaysia yang kerana singkat pemikiran mereka tu, isu pasal meter yang terlebih laju ni sememangnya menjadi perbualan biasa di kalangan pemilik-pemilik Maxsym 400i ni.
Tak tahu di mana silapnya, mungkin para cendekiawan pemasaran Maxsym ni menyangka peminat skuter maxi di Malaysia ni memang suka dengan angka kelajuan...diulangi ya, ANGKA KELAJUAN, bukan kelajuan sebenar.
Kerana itulah, mereka ni pandai-pandai ubah papan muka meter yang sepatutnya menunjukkan angka maksima 180kmh, bertukar jadi 220kmh. Kononnya pemilik Maxsym ni memang 'teruja' berapa laju skuter mereka boleh memecut.....
Errrr halo kawan, you ingat kami ni kaki rempit ka???
Bagaimanapun, usaha sekumpulan kecil pemilik maxsym ni yang asyik turun naik, turun naik ke Alma, Bukit Mertajam bantah, dan 'marah' mungkin akan membuahkan hasil tidak lama lagi.
Apa kesudahannya? Bila tiba masanya kelak , akan jin umumkan nanti..so nantikan kemas kini posting ini.
Selepas ini pula, Maxsym Riders Malaysia akan membincangkan petua dan panduan penjagaan skuter anda.
Stay tune
Hmm 200kmh.....
Apa??? 200kmh?? Jangan terperanjat saudara dan saudari, sebenarnya meter maxsym ni tidak ikut sukatan yang benar. Bila kata tidak ikut sukatan ni, bukan juga bermakna meternya ringan.
Terima kasih kepada ahli-ahli 'marketing' di Sym Malaysia yang kerana singkat pemikiran mereka tu, isu pasal meter yang terlebih laju ni sememangnya menjadi perbualan biasa di kalangan pemilik-pemilik Maxsym 400i ni.
Tak tahu di mana silapnya, mungkin para cendekiawan pemasaran Maxsym ni menyangka peminat skuter maxi di Malaysia ni memang suka dengan angka kelajuan...diulangi ya, ANGKA KELAJUAN, bukan kelajuan sebenar.
Kerana itulah, mereka ni pandai-pandai ubah papan muka meter yang sepatutnya menunjukkan angka maksima 180kmh, bertukar jadi 220kmh. Kononnya pemilik Maxsym ni memang 'teruja' berapa laju skuter mereka boleh memecut.....
Errrr halo kawan, you ingat kami ni kaki rempit ka???
Image courtesy : Johan Sopiee
Apa kesudahannya? Bila tiba masanya kelak , akan jin umumkan nanti..so nantikan kemas kini posting ini.
Selepas ini pula, Maxsym Riders Malaysia akan membincangkan petua dan panduan penjagaan skuter anda.
Stay tune
Subscribe to:
Posts (Atom)