Topik yang disajikan kali ini beralih tumpuan daripada maxsym 400i.
Pagi tadi, MRM berpeluang menghadiri pelancaran model baru Sym Symphony Evo 250i di peringkat rangkaian pengedar yang berlangsung di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, di Shah Alam.
Setelah lebih tiga tahun model Sym Evo berada di pasaran bermula 2010, Mforce Bike Holding Sdn Bhd memperkenalkan model baru Evo 250i, sesuai dengan trend rekaan dan citarasa masakini.
Rasanya memang tepat keputusan Mforce memperkenalkan model baru ini selang beberapa bulan selepas model berkenaan dilancarkan di Taiwan lebih-lebih lagi model Evo sedia ada sudah mula menunjukkan bentuk rekaan yang 'dimamah' usia dan juga wujudnya model-model lain yang sekelas dengannya di pasaran tempatan sebagai contoh Kymco 200i.
MRM akan menerangkan secara ringkas hasil pandu uji yang dilakukan dan secara menyeluruh berkaitan reka bentuk, ciri-ciri baru yang digabungkan serta kesimpulan mengenai Sym Evo Symphony 250i 2013 di bawah.
Rekabentuk, komponen meter dan Ketrampilan
Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa reka bentuk model 2013 ini sememangnya selari dengan peredaran dunia pemotoran yang semakin hanga danaktif dengan pelbagai pengeluar serta pengedar bersaing memperkenalkan model baru untuk bersaing dalam pasaran.
Rekabentuk lampu, coverset dan paparan pemuka meter jelas sekali mengikut trend dan gaya rekaan diilhamkan dari model Maxsym 400i.
Berbanding dengan sistem lampu hadapan, sebelah untuk lampu utama dan sebelah lagi lampu tinggi, model baru yang diperkenalkan menggunakan sistem lampu sama seperti Maxsym 400i dengan assesori tambahan sistem auto sensor light switch.
Bagaimanapun, Evo 2013 menggunakan sistem konvesional penyalaan lampu berkembar dengan sistem lampu dual filament berbanding Maxsym yang menggunakan sistem projector light dengan Hi-Lo shutter mekanikal single filament.
Bahagian atas lampu berkenaan SYM mengekalkan ciri yang sinonim dengan ketrampilan EVO iaitu lampu LED day running light.
Selain daripada itu, model 2013 ini juga dilengkapkan dengan lampu Fog Light di kiri kanan cover set. Lampu repetitor atau signal light pula adalah jenis LED yang digabungkan sekali di bahagian cermin sisi tepi.
Bahagian belakang pula, rekaan lampu night light dan juga signal telah dirombak sepenuhnya menggunakan LED dan tampak lebih kemas, sporty serta mengikut trend semasa.
Pemasangan dan Kualiti Material.
Apa yang menarik perhatian MRM adalah kualiti material plastik inner coverset, handle garnish cover dan body coverset. Tampak kualitinya bebeapa takuk lebih bermutu daripada model Evo lama, malah kualiti pemasangan pun mengatasi Maxsym 400i dengan langsung tidak kelihatan sebarang kecacatan 'gap' antara sambungan komponen coverset.
Syabas Mforce!...bagaimanapun adalah diharapkan mutu kualiti pemasangan tersebut dapat dikekalkan apabila model ini mula dipasang secara 'Mass Production' di kilang Mforce di Alma ,Bukit Mertajam nanti.
Rekaan exhaustnya juga tampak lebih menark walaupun pada pendapat MRM ada bahagian yang direka dan pasang sedemikian rupa hanya lebih bersifat kepada kosmetik untuk mentrampilkan rekaan sporty model baru ini.
Begitu juga, seperti kualii pemasangan komponen coverset, sekilas lalu pemeriksaan yang dilalukan mendapati pemasangan komponen utama juga kemas dan kukuh.
Komponen Mekanikal dan teknikal
Papan pemuka meter juga dirombak dengan dua paparan meter utama berbentuk bulat di bahagian tengah serta dua meter bagi suhu enjin dan meter petrol berbentuk bulat kecil di kiri dan kanan. Penggunaan meter LCD multi info pula dikekalkan berkedudukan antara dua meter utama.
Bagaimanapun, MRM agak terkilan sedikit kerana pihak Mforce masih mengekalkan calibration meter 'ringan' dimana paparan grafik kelajuan maksimum adalah pada 200kmh berbanding 180kmh yang terdapat pada model yang sama di luar negara. Tiada apa yag ingin diulas oleh MRM mengenai pekara ini melainkan anda sendiri menilai apa tujuannya.
Model baru ini masih menggunakan enjin Evo tetapi MRM mengesyaki telah berlaku perubahan pada mapping sistem ECU model baru ini, MRM akan membincangkan mengenai perkembangan ini di bahagan bawah nanti.
Sementara itu. model ini masih mengekalkan saiz rim 14" di hadapan dan 13" di belakang, namun saiz tayar telah diubah kepada 120/70/14 (depan) dan 140/60/13 belakang. Cakera brek juga lebih besar dan model ini masih mengekalkan sistem combine brake seperti model lama.
Disampng mengekalkan 12V DC oultet, model ini juga dilengkapi dengan sistem USB yang berguna jika anda mahu mengecas telefon pnta, memasang MP3 ataupun menggunakan GPS.
Terdapat juga hot air vent di bahagian tengah, namun MRM tidak nampak relevannya komponen berkenaan berdasarkan kedudukan geografi dan cuaca negara ini.
Bahagian simpanan bawah seat juga lebih besar daripada model lama dengan keluasan 45L dan tiada bonggol di baagian depan compartment itu seperti terdapat di model lama.
Penunggangan dan Handling.
MRM berpeluang menunggang uji model baru ini di sekitar kawasan hotel dimana pelancaran itu diadakan dan sekilas rasa, sememangnya ada perubahan daripada segi 'feel' menunggang model ini jika dibandingkan dengan model lama.
Mungkin SYM Taiwan telah mengubah setting dan mapping ECU untuk memberikan hasil prestasi pecutan yang linear dan terasa torque yang lebih baik berbanding Evo lama di tahap kadar bermula 4,000 RPM hingga 7,000 RPM.
Walaupun, pada permulaan daya pecutannya, dapat dirasakan model lama lebih 'ringan' namun MRM yakin penunggang akan menghargai peningkatan midrange power band yang sememannya penting dan berguna sebagai contoh untk memotong dengan selamat dan mendaki bukit tanpa terasa kehilangan kuasa.
Boleh dikatakan, daya cengkaman brake model baru ini setanding dengan maxsym 400i dan lebih baik daripada model sebelumnya. Yang pastinya penunggang akan berkeyakinan membrek pada kelajuan tinggi memandangkan berat bersih Evo 250i 2013 ini adalah 190Kg.
Handling dan juga kestabilan garisan lurus adalah bagus dan sistem absorber baru belakang yang lebih panjang daripada model lama meningkatkan keupayaan serta pengawalan skuter berkenaan. Bagaimanapun MRM tidak begitu gemar dengan cengkaman brake yang terlalu sensitf dan beharap baagian teknikal di mforce dapat memperbetulkannya dengan membuat sedikit adjustment.
Di kelajuan rendah, handle terasa berlebihan 'free' dan ringan bagaimanpun mungkin juga disebabkan leh jenis tayar Maxxis yang digunakan.
Kesimpulan, Harga dan pilihan Warna
Bagi mereka yang sedang menimbang untuk upgrade samada pemilik sedia ada model Evo lama atapun model VTS, rasanya tidak keterlaluan dikatakan model ini sememangnya boleh diketengahkan.
Antara rasional MRM berkata demikian adalah dari sudut pemerhatian kualiti material dan kualiti pemasangan disamping kelengkapan peralatan yang moden.
Bagaimanapun yang paling penting ialah komponen enjinnya yang dikekalkan, bermakna sememangnya sudah terbukti lasak dan juga boleh diyakini.
Penggunaan petrol adalah sekitar 300-390km bergantungan kepada corak penunggangan.
Harga yang ditetapkan adalah RM17,750 tanpa insuran bagi model biasa dan RM18.250 bagi model pearl white 'special edition'.
Tiga warna disediakan untuk pilihan bakal pemilik Evo baru ini, iaitu, Grey, Black dan Pearl White.
Menyebut tentang model special edition ini, skuter pandu uji yang dsediakan berwarna Matte Grey.
MRM tidak nampak rasional Mforce memasarkan model warna pearl white sebagai model special edition kerana MRM berpendapat warna Matte Grey bagi model pandu uji yang disediakan lebih berhak untuk dipasarkan sebagai model special edition keana nampak ketrampilanyang lebih 'garang, sporty dan memang begitu menarik sekali.
Adalah diharapkan bahagian pemasaran di Mforce akan menimbangkan secara serius pandangan dan cadangan MRM ini kerana MRM yakin jika warna Matte Grey itu dipasarkan sebagai model special edition,pasti akan jadi model "best seller".