Trend masakini di kalangan pemilik motorsikal atau skuter adalah menggunakan minyak enjin kereta menggantikan minyak enjin motorsikal. Pelbagai teori, alasan dan juga anggapan diketengahkan oleh mereka yang menggunakan minyak enjin kereta ini namun kesimpulannnya hanya satu saja, yakni penjimatan kos.
Jika hendak dibahaskan amaln penggunaan minyak enjin kereta ini, tidak akan ada kesudahannya. Ada yang menyatakan bahawa sememangnya minyak enjin kereta tidak sesuai untuk kegunaan enjin motorsikal tapi boleh digunakan pada enjin skuter.
Alasannya? Kerana enjin motorsikal menggunakan sistem klac, oleh itu aditif 'friction modifiers' yag terdapat dalam minyak enjin kereta boleh menyebabkan simptom 'clutch slippage'. Mereka juga mendakwa skuter mempunyai sistem gear jenis dry clutch CVT maka oleh itu, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada enjin skuter.
Benarkah?
Hakikatnya:
Pertama, enjin skuter ataupun motorsikal empat lejang yang bisasnya mempunyai RPM kitaran pukulrata 9000 PM memerlukan jauh lebih ketahanan daripada enjin kereta yang biasanya mempunyai kitaran RPM bawah 700o RPM.
Kedua, enjin skuter beroperasi jauh LEBIH panas dan pantas dari enjin kereta sekaligus kemungkinan memiliki ciri kurang keupayaan minyak enjin untuk mengendalikan penyejukan dan melincirkan enjin.
Oleh itu, secara logiknya sudah tentu minyak enjin khusus untuk skuter atau motorsikal dihasilkan secara khusus untuk mengatasi isu-isu yang disebutkan diatas, secara amnya penyejukan dan pelinciran enjin yang mempunyai kitaran RPM yang lebih tinggi.
Mungkin ramai yang tidak tahu, minyak enjin skuter atau motorsikal mempunyai kandungan aditif anti-wear dan anti-scuff serta ketahan ekstrim LIMA kali ganda lebih tinggi berbanding minyak enjin kereta.
Selamatkah gunakan minyak enjin kereta?
Itu soalan subjektif bergantung kepada pendapat individu, namun enjin skuter atau motorsikal yang menggunakan minyak enjin kereta akan berhadapan risiko kekerapan besar menghadapi masalah enjin akibat 'wear and tear' yang mungkin terhasil ekoran prestasi terhad minyak enjin kereta.
No comments:
Post a Comment