Wednesday 27 February 2013

Penyelengaraan Berskala Engine Oil Strainer


Ada dua perkara yang hendak dibincang bagi posting kali ini.

Pertama, menyelenggara engine oil strainer Maxsym anda dan kedua, mengatasi masalah kesan minyak enjin di sekitar bahagian bawah block enjin.



Oleh itu, elok kita mulakan dengan apakah itu 'Engine Oil Strainer'?

Engine oil strainer bertindak sebagai filter saringan tahap kedua bagi memastikan pengaliran minyak enjin ke setiap bahagian enjin Maxsym anda tidak dicemari dengan bahan kotoran ataupun kandungan asing.

Seperti yang diketahui, enjin maxsym mempunyai komponen Oil Filter, fungsinya ialah untuk menapis atau menyaring minyak enjin supaya minyak berkenaan bersih daripada sebarang pencemaran atau kotoran kandungan asing.

Tujuannya adalah supaya enjin Maxsym anda beroperasi pada tahap optimum dan sistem pelinciran enjin juga sempurna.

Seperti kebanyakan enjin motorsikal atau skuter berkapisiti besar, Maxsym jua mempunyai komponen tambahan iaitu Engine Oil Strainer yang bertindak sebagai komponen saringan minyak tahap kedua menyaring sebarang kandungan asing atau pencemaran minyak yang terlepas dari penapisan oil filter.

Kesimpulannya, fungsi Engine Oil Strainer terbabit tidak kurang juga penting seperti Oil Filter dan perlu diselenggara pada waktu tertentu.

Mengikut jadual berskala, masa yang terbaik untuk membuka, memeriksa dan membersihkan oil strainer pada Maxsym anda ialah antara setiap 15,000km hingga 20,000km.

Oil strainer ini terletak di bahagian bawah block enjin.



Anda perlu menggunakan wrench untuk membukanya

Kemudian bersihkan sebarang kotoran pada jaring filter menggunakan petrol




Antara sebab permukaan bahagian bawah enjin dipenuhi kesan minyak hitam adalah seal getah O-ring oils strainer yang sudah mengembang.

Anda hanya perlu menggantikannya dengan jenis yang sama ataupun getah seal yang lebih tebal diameter



Pasangkan balik dan pastikan getah seal O-ring pada oil strainer berkenaan tidak terlipat atau berkedudukan songsang.



Ketatkan balik screw oil strainer menggunakan Torque wrench

No comments:

Post a Comment