Saturday, 15 June 2013

Review - Givi Extended Windshield


Hampir setahun Sym Maxsym 400i berada di atas jalanraya di negara ini, bilangan pemilik baru juga semakin
bertambah.

Namun seperti kebanyakan model yang dikategorikan sebagai 'niche market' pilihan barangan assesori adalah terhad; jika adapun hanyalah komponen assesori biasa seperti sliding roller atau handle guard.

Kali ini,MRM berpeluang untuk menguji komponen assesori windshield visor keluaran Givi yang disediakan oleh Maju Motor Racing Shah Alam.



Sekilas pandang,assesori ini terdiri daripada dua komponen utama,yakni visor windshield itu sendiri dan juga
custom bracket besi untuk memasang windshied berkenaan ke kerangka bracket windshield OEM sedia ada.





Pemasangannya juga mudah dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama kepada 'newbies' yang ingin memasang sendiri secara D.I.Y.

Ketrampilan Keseluruhan

Saiz Givi windshieldini adalahkira-kira 30 peratus lebih besar permukaan dan ketinggiannya daripada windshield biasa. Secara kasarnya, 3inci lebih tinggi dan lebar dariapada windshield OEM.




Keraguan yang timbul pada MRM ketika melihat pada saiz windshield berkenaan adalah, pertama adakah ia bakal menambah kesan 'Drag' dan keduanya, adakah secara tidak langsung ia juga akan memberikan kesan kepada pengawalan dan stabiliti penunggangan Maxsym itu sendiri?

Sebaik selesai pemasangan assesori berkenaan, kesan visual pertama yang dapat dilihat ialah, saiz windshield
berkenaan memberikan kesan kepada ketrampilan skuter Maxsym itu sendiri secara keseluruhan.



Tampak saiznya 'compliment' kepada saiz dan reka bentuk Maxsymitu sendiri. Jika dilihat daripada pelbagai
sudutpun,langsung tidak lihat kecacatan dan juga memberikan kesan negatif secara keseluruhan.

http://youtu.be/xHy69mhYf-M

Selain daripada itu, Givi menggunakan bahan Acrylic dengan dua ciri reka bentuk yang ketara, yakni ketinggian windshield itu sendiri dan dua lengkungan berbentuk tigasegi di bahagian kiri dan kanan windshield itu

Kesan penunggangan, stabiliti dan kawalan

Ujian penunggangan dilakukan di beberapa kawasan lebuhraya dan juga jalan biasa termasuk kawasan yang mempunyai kadar kesesakan trafik bagimenilai sejauh mana permukaan windshield yang besar itu boleh menghasilkan pengalaman penunggangan, kawalan penunggangan Maxsym dan juga seberangan kerumitan yang berkaitan jika ada.

Pandu uji pertama MRM lakukan adalah penunggangan kadar kelajuan tinggi di lebuhraya ang mempunyai suasana dan keadaan seretanangindan angin lintang yang kuat,yakni di kawasan lebuhraya PLUS Alor Gajah dan juga NKVE.

Ketika memulakan perjalanan,pada mulanya terasa sedikit kejanggalan kerana mungkin sudah biasa dengan
penunggangan lazimnya garisan sudut mata (line ofsight) melepasi bahagian atas windshield OEM.

Saiz besar windshield GIVI ini,menyebabkan garisan sudut pemandangan itu secara terus memandang terus menerusi permukaan windshield.

Ekoran itu, pada mulanya, keyakinan pengambilan selekoh tajam dan pengambilan selekoh kelajuan tinggi juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Bagaimanapun, rasa ketidakyakinan itu lenyap setelah menunggang kira-kira 20-30km pertama.

Tanggapan Negatif awal terjadapa kesan stabiliti dengan pemasangan windshield bersaiz besar ini juga lenyap.

Boleh dikatakan tiada langsung masalah kawalan ataupun rasa tidak stabil pada kelajuan tinggi dan juga ketika mengekori di belakang kenderaan besarseperti Lori ataupun Bas.

Bagaimanpun,penunggang akan terasa handle menjadi semakin berat daripada biasa sebaik sahaja bermula daripada kelajuan 80kmh (GPS) keatas.

MRM berpendapat,keadaan itu berpunca daripada permukaan luas windshield berkenaan dan juga sudutnya menyebabkan angin rintangan menekan bahagian depan skuter Maxsym.

Feel demikian tidak juga boleh ditafsirkan sebagai negatif, cuma MRM berpendapat penunggang mungkin perlukan masa menyesuaikan diri  dengan rasa dan corak penunggangan baru.

Pada kelajuan maksimumpun, maxsym terasa stabil dan yang paling menarik ialah langsung tiada terasa rintangan atau seretan angin (turbulence).

Bunyi kuat angin juga hilang dan sebaliknya kita dapat dengar dengan lebih ketara bunyi deruman enjin dan juga golekan rim tayar di hadapan.

MRM juga mendapati, tatkala menunggang pada tahap kelajuan tinggi sehingga 140-145kmh (GPS), dengan visor topi keledar langsung tidak diturunkan\digunakan, tiada kesan angin kuat pada mata.

Drag angin yang biasanya dirasai darpada paras pinggang keatas juga hilang.Bagaimanapun keadaan itu juga tidak menimbulkan situasi bahang panas kerana masih ada tiupan angin yang melalui menerusi Gap  di bahagian depan.

Kesan lain

Bagi penunggangan di waktu malam pula, disebabkan garisan pemandangan (line of sight) terus menerusi permukaan visor,akan wujud keadaan pancaran cahaya lampu 'pecah' daripada kenderaan arah bertentangan.

Ia tidak menimbulkan sebarang kesan keapada kesan visual pandangan di hadapan cuma adakalanya jika lampu cahaya daripada kenderaan arah bertentangan itu terlalu terang, mata akan terasa silau sikit, itu sahaja.

Kesimpulan

Daripada maklumbalas yang dierima MRM, ada yang berpendapat windshield GIVI yang dipasang di Maxsym tampak huduh, ada juga yang meilhatnya memberikan kesan yang lebih menarik.

MRM pula, berpendapat walau apa jua tanggapan pelbagai pihak, ia adalah subjektif kerana MRM yakin mereka yang berminat memasang windshield GIVI ini mengutamakan fungsinya daripada ketrampilannya (Function over form).

Dengan harga jualan RM650 tidak termasuk pemasangan,adakah ia berbaloi?Itu juga subjektif, kerana ada juga pemilik Maxsym menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit memasang assesori tambahan,contohnya sistem exhaust yang hanya memberikan kesan minimal.

Jadi untuk membelanjakan RM650 memasang assesori ini, tetapi anda mendapat pengalaman dan perasaan tambahan peningkatan keselesaan dan perlindungan tambahan daripada seretan angin dan hujan,mungkin juga ia berbaloi.



GIVI Extended Windshield

Kebaikan
- menambah perlindungan daripada seretan angin dan hujan
- mengurangkan bunyi seretan angin sekaligus memberikan kelebihan kepada penunggang yang menggunakan topi keledar dilengkapi sistem audio bluetooth.
- perlindungan daripada serangga ketika menunggang di waktu malam

Keburukan
- cahaya lampu terang daripada kenderaan arah bertentangan pecah
- Harga

No comments:

Post a Comment