Hmm 200kmh.....
Apa??? 200kmh?? Jangan terperanjat saudara dan saudari, sebenarnya meter maxsym ni tidak ikut sukatan yang benar. Bila kata tidak ikut sukatan ni, bukan juga bermakna meternya ringan.
Terima kasih kepada ahli-ahli 'marketing' di Sym Malaysia yang kerana singkat pemikiran mereka tu, isu pasal meter yang terlebih laju ni sememangnya menjadi perbualan biasa di kalangan pemilik-pemilik Maxsym 400i ni.
Tak tahu di mana silapnya, mungkin para cendekiawan pemasaran Maxsym ni menyangka peminat skuter maxi di Malaysia ni memang suka dengan angka kelajuan...diulangi ya, ANGKA KELAJUAN, bukan kelajuan sebenar.
Kerana itulah, mereka ni pandai-pandai ubah papan muka meter yang sepatutnya menunjukkan angka maksima 180kmh, bertukar jadi 220kmh. Kononnya pemilik Maxsym ni memang 'teruja' berapa laju skuter mereka boleh memecut.....
Errrr halo kawan, you ingat kami ni kaki rempit ka???
Image courtesy : Johan Sopiee
Apa kesudahannya? Bila tiba masanya kelak , akan jin umumkan nanti..so nantikan kemas kini posting ini.
Selepas ini pula, Maxsym Riders Malaysia akan membincangkan petua dan panduan penjagaan skuter anda.
Stay tune
How fast is your fast... Betul tak bro? orang Malaysia kebanyakannya sangat taksub dengan kelajuan.Soalan pertama bila nak beli moto... "berapa boleh pergi moto ni...?"
ReplyDeletesebab apa...sbb nilai duit tu...bayar lebih mesti dpt lebih....klu pergi mcm ex5 jer baik angkat ex5 harga pun murah....teknologi tu lain cerita..
ReplyDelete