Friday, 8 March 2013

Itu Ini, Begitu Begini - Rumusan Mingguan Maxsym Di sana, sini




Banjir!

Pelbagai perkara menarik dan tidak kurang juga jelek berlaku sepanjang minggu lalu. MRM berada di Kuala Terengganu untuk bersama-sama meramaikan kedatangan bikers dari seluruh negara ke Terengganu Bike Week 2013 (TBW 2013).

Menariknya adalah, pengalaman mengharungi air setinggi 0.5 meter di rantau panjang dan tidak kurang juga perjalanan melebihi 1,400km bermula dari Shah Alam sebelum disertai oleh saudara Annuar dari Sungai Petani di Grik dan menertuskan perjalanan ke Kota Bharu melalui Banding, Jeli dan Rantau Panjang.

Kami bermalam di Kota Bahru dan kedatangan kami disambut pula oleh Nor Hisham a.k.a DTK Sym yang turut menyertai kumpulan kami ke TBW pada keesokannya.

Seperti dinyatakan, yang menarik, penyertaan ribuan bikers dan juga acara Le Tour De Langkawi 2013, yang berlangsung serentak dengan TBW 2013. 

Yang jelek pula adalah desas-desus perkhabaran yang diterima berkaitan gelagat beberapa kumpulan yang dikatakan 'BIKERS' tetapi langsung tidak faham apa itu erti 'We Are Brothers'.

Cerita-cerita yang tersebar dalam alam siber antaranya rasa tidak puashati dengan pengurusan yang tidak teratur sehingga ada bikers yang telah mendaftar dan membayar yuran pendaftaran tidak mendapat sepenuhnya barangan dalam Goodies Bag.




Rasanya, mereka bukan berkira sangat pasal masalah ada yang tidak dapat kemeja-T atau sarung tangan ataupun Key kepala, tetapi yang dipersoalkan adalah jika penganjur boleh mencetak no slip sehingga angka 3,000 , sudah pastinya pengajur juga mesti menyediakan jumlah kuantiti barangan berkaitan sama dengan jumlah slip yang dicetak..betul tak?


We Are Brothers, Betul Ke???

Ada pula cerita mengenai sekumpulan pemilik skuter yang sampai di sana tetapi tidak dibenarkan meletakkan skuter mereka bersebelahan dengan motosikal berkuasa tinggi...betul atau tidak cerita ini, wallahualam.


Tetapi, seandainya benar maka sangat memalukan seseorang atau sekumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi bersikap sedemikian. Agaknya mereka memandang rendah pada penunggang skuter ini tetapi adakalanya mereka juga tidak tahu ramai pemilik skuter ini memeliki motosikal berkuasa tinggi tetapi atas dorongan minat, mereka menunggang skuter.


Satu lagi berita yang kurang manis didengar ialah berkenaan marshal pada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi yang berlagak angkuh dan kurang ajar apabila dikatakan marshal terbabit melakukan provokasi kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengadakan pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Aduhai...kenapa jadi begini bikers-bikers dewasa ini?


Cerita Belting Putus

Beberapa hari yang lalu juga, MRM yang baru pulang dari ride santai ke Johor menerima panggilan SOS dari saudara Azizul, pemilik Maxsym yang terkandas ekoran masalah belting skuternya putus.

Pemilik bengkel Man Sheng Motor di Jalan Loke Yew, Ah Chung telah datang untuk menukar belt yang putus itu. Apabila dibuka cover CVT, ditarik keluar saki baki belt yang putus dan dilekangkan autoclutch belakang, beliau menyatakan bahawa kesan di variator dan boss shaft yang calar dan longgar menunjukkan bahagian berkenaan TIDAK diletak minyak Gris.


Menurutnya, ia bekemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan belt itu putus.


MRM telah menghubungi salah seorang orang kuat Maxsym di Mforce dan menerangkan padanya apa yang berlaku memandangkan saudara Azizul telah membuat servis sistem CVT Maxsym dua minggu sebelum itu.

MRM juga telah mengambil gambar variator yang rosak berkenaan dan seterusnya emelkan kepada beliau.

Namun apa yang mengecewakan adalah apabila MRM dimaklumkan bahawa Mforce enggan menggantikannya dengan alasan tempoh jaminani sudah tamat.

Ingin ditegas bahawa:

1- Walaupun tempuh jaminan telah tamat, tetapi jika kerosakan yang berlaku disebabkan KECUAIAN oleh mekanik yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan servis CVT itu menyebabkan kerosakan variator berkenaan, adakah Mfirce boleh lepas tangan dengan alasan tempoh jaminan telah tamat?

2- MRM rasa saudara Azizul juga boleh menerima hakikat belting berkenaan sudah hampir tiba masanya untuk digantikan maka apabila belting itu putus, tiada sebarang tuntutan boleh dibuat....tapi cuba kaji balik apa yang ditulis di perenggan atas.


Jangan Jadi Seperti Pengeluar Motosikal\Skuter Di Gurun 

MRM dan pemilik-pemilik Maxsym lain bukanlah begitu 'murah' sangat nak tuntut itu ini begitu begini, tetapi kami hanya mahu Mforce mengetatkan lagi Standard Operating Procedure (S.O.P) dan juga KUALITI servis yang diberikan.

Ada banyak lagi isu-isu, masalah-masalah yang timbul ekoran ketidak-kecekapan dan juga mutu kerja yang seolah-olah berkait kepada kata-kata lumrah 'janji siap' , namun tidak perlulah dicerita secara panjang lebar di blog ini.

Dewasa ini saingan semakin berkembang antara pengeluar dan pengimpot motosikal atau skuter...jika Mforce tidak meningkatkan kecekapan dan membanteras isu-isu yang diperkatakan ataupun memasang telinga mendengar rintihan atau permasalahan pemilik SYM, akan tiba masanya pula nanti Mforce atau Sym Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti syarikat pengilang motosikal dan skuter tempatan yang semakin mengecil penguasaannya dalam penjualan motosikal dan skuter di Malaysia..

2 comments:

  1. Saya suka ayat "Agaknya mereka memandang rendah pada penunggang skuter ini tetapi adakalanya mereka juga tidak tahu ramai pemilik skuter ini memeliki motosikal berkuasa tinggi tetapi atas dorongan minat, mereka menunggang skuter."

    Berharap Perhimpunan Skuter Kebangsaan confirm jadi on June... Di situ sahaja kita tidak dianaktirikan :')

    ReplyDelete
  2. skuter pun kira motor besar la tu... Ada segelintir je bikers yang angkuh kot... Nanti kalau motor dia breakdown , ..kita tepuk tangan dan jelir lidah..padan muka...

    ReplyDelete