Tuesday, 5 March 2013

Maxsym dan X-1R


Bercakap tentang prestasi enjin, sudah pastinya menjadi impian setiap pemilik skuter atau motorsikal yang mahukan kenderaan mereka memberikan prestasi tahap optimum.

Tidak kurang juga mereka yang sanggup menghabiskan ratusan, jika tidak ribuan riggit samada melakukan modifikasi ataupun memasang komponen tambahan hanya untuk mendapatkan kepuasan mencapai satu matlamat, yakni prestasi enjin yang optimum.

Selain daripada modifikasi ataupun pemasangan komponen asessori tambahan, pilihan alterbatif lainpula adalah melalui gabungan cecair aditif samada bahan berkenaan dicampur dengan minyak enjin ataupun petrol.

Baru-baru ini Maju Motor Racing (MMR) di Shah Alam memberikan MRM beberapa botol produk sample keluaran X1R untuk diuji sejauh mana perbezaan serta peningkatan terhadap enjin Maxsym.

Klik Sini


Terdapat dua jenis produk yang sesuai dengan enjin motosikal atau skuter diberikan kepada MRM untuk diuji secara intensif, iaitu :

X-1R Small Engine Formula




dan X-1R Octane Booster


Sebelum itu, kedua-dua produk berkenaan telah diuji keatas enjin motosikal pasukan lumba Yamaha Maju Motor Racing. Ujian merangkumi penalaan enjin dan juga ujian Dyno.

MRM telah mengambil kesempatan perjalan menyertai Terengganu Bike Week (TBW) di Kuala Terengganu sebagai landasan untuk menguji sejauh mana keberkesanan serta impak yang mampu diberikan menggunakan kedua-dua produk terbabit.

Perjalanan merangkumi perjalan menggunakan lebuhraya dari Shah Alam ke Kuala Kangsar, kemudiannya menuju Grik sebelum menggunakan jalan yang berbukit bukau dari Grik ke Banding dan seterusnya ke Grik.

Laluan seterusnya melalui Kota Bharu sebelum menggunakan jalan pantai dari Bachok hingga ke Kuala Terengganu dimana jumlah keseluruhannya adalah sejauh 730km.


Bagi memastikan MRM dapat memperolehi keputusan ujian yang berbeza antara penggunaan minyak aditif X-1R Small Engine Formula dan juga aditif untuk minyak petrol X-1R Octane Booster, dua Maxsym telah digunakan.

X-1R Octane Booster

Botol 12ml bahan aditif ini boleh digunakan untuk kuantiti tangki 75L, namun kadar minima yang boleh dituangkan sepenuhnya bagi satu botol adalah 19L. Ini bermakna bagi sebotol X-1R Small Engine Formula, pemilik Maxsym boleh menggunakannya sekurang-kurangnya empat kali penunangan penuh minyak petrol untuk tangki petrol Maxsym.

Perlu dinyatakan terlebih dahulu, dalam ujian Dyno yang dilakukan di MMR, tiada sebarang peningkatan terhadap kuasa torque enjin yang diperolehi. Carta dyno menunjukkan alunan curve max torque yang sama dengan bahanapi yang tidak dicampur dengan X-1R Octane Booster pada enjin yang digunakan untuk tujuan ujian berkenaan. 

Sebaliknya enjin yang sama, apabila minyak enjinnya dicampur dengan X-1R Small Engine Formula, hasilnya berlainan pula. Terdapat peningkatan kira-kira 3 peratus prestasi max torque  dan HP enjin.

Tetapi apabila ujian jalan dilakukan, hasilnya menunjukkan sebaliknya. Ternyata Maxsym yang menggunakan campuran petrol dengan X-1R Octane Booster ternyata lebih berkuasa dan mampu meninggalkan dua skuter Maxsym lain, satu yang menggunakan bahan aditif X-1R Small Engine Formula manakala sebuah lagi Maxsym 'stock standard'.

Maxsym yang menggunakan X-1R Octane Booster mampu mencapai kelajuan maksimum lebih pantas dari kedua-dua Maxsym lain dan hakikat ini diakui oleh penunggang Maxsym berkenaan.

Beliau sendiri menyatakan selepas, mencampurkan bahan tersebut kedlaam tangki petrol skuternya, beliau dapat rasakan perbezaan dari segi pecutan dan juga kelancaran enjin...menarik bukan? 


X-1R Small Engine Formula

Penulis menggunakan bahan aditif berkenaan keatas enjin Maxsym milik penulis yang menggunakan minyak enjin Castrol Power 1. Bagi setiap Liter pengeluar mengseyorkan dicampur dengan sebotol 12ml X-1R Small Engine Formula oleh itu, bagi enjin Maxsym, dua botol diperlukan dan perbezaan ketara yang dapat dirasakan adalah bunyi enjin yang lebih senyap dan terasa lancar.

Bagaimanapun perbezaan itu tidak membawa kepada sebarang peningkatan terhadap kuasa enjin seperti yang ditunjukkan pada ujian Dyno sebelum ini dan kemungkinan juga peningkatan itu terlalu minimal dan tidak dapat dirasakan secara ketara ekoran minyak enjin sintetik penuh yang digunakan penulis.



Ini dapat disahkan ketika penulis menunggang di laluan jalan Grik, Banding menuju ke Jeli dimana selain daripada jalan yang berliku-liku diikuti dengan pendakian bukit, tahap altitude yang lebih tinggi dengan atmosfera udara yang lebih nipis yang boleh memberikan kesan kepada proses sistem pembakaran (combustion) enjin, namun perbezaannya adalah minimal.

Skuter Maxsym kedua yang menggunakan bahan X-1R Octane Booster jelas dilihat lebih kuat daya pecutan keluar dari selekoh dan juga ketika mendaki jalan berbukit




Bagaimanapun, seperti enjin jenis Big Bore dan menggunakan sistem penyejukan air radiator, menunggang diatas jalan yang mendaki dan altitude tinggi, kebiasaannya suhu enjin akan meningkat, namun keadaan itu tidak berlaku keatas enjin Mxsym milik penulis yang telah dicampurkan dengan X-1R Small Engine Formula. 

Meter suhu kekal pada tahap dua Bar, berbanding tiga Bar yang biasa dialami oleh penulis menggunakan laluan yang sama beberapa minggu lalu tanpa penggunaan X-1R Small Engine Formula danhanya itu sahaja perbezaan ketara yang diperolehi

Hasil dari pandu uji yang telah dijalankan, boleh juga MRM menegaskan bahawa setiap produk yang diuji memberikan perbezaan atau peningkatan tersendirinya. X-1R Small Engine Formula yang dicampur dengan jenis minyak enjin mineral biasa boleh memberikan anda prestasi yang mencapai tahap yang diberikan jika menggunakan minyak enjin jenis sintetik dan berprestasi tinggi.

Manakala X-1R Octane Booster, seperti namanya memberikan suntikan tambahan octane atau kuasa lebihan kepada sistem pembakaran enjin sekaligus kita dapat merasakan peningkatan pada kuasa pecutan dan sedikit peningkatan kepada kelajuan maksima.

Kesimpulannya, bagi mereka yang mahu melakukan perjalanan jauh, penggunaan X-1R Octane Booster boleh disyorkan untuk tahap optimum pecutan atau kelajuan manakala X-1R Small Engine Formula pula mungkin boleh digunakan bagi tujuan perjalanan seharian untuk melindungi enjin dari wear and tear.



No comments:

Post a Comment