Friday, 22 March 2013
Alternatif Penyelesian Isu Meter Untuk Mforce
Baru-baru ini, MRM ada menyiarkan artikel berkaitan aduan yang dibuat oleh pemilik Maxsym kepada KPDNKK berhubung isu meter.
Sebelum MRM teruskan dengan lebih khusus lagi, pengunjung boleh merujuk kepada artikel berkaitan sebelum ini di sini dan di sini.
MRM juga ingin memaklumkan bahawa pada Oktober 2012 lalu, MRM dan sekumpulan pemilik Sym Maxsym ada mengunjungi ibupejabat Mforce Bike Holding yakni pengilang pemasang bagi Sym Malaysia dan telah secara rasmi menyerahkan memorandum kepada wakil Mforce dan meminta jasa baik Mforce untuk memperbetulkan dan seterusnya menggantikan meter yang dipasang mengikut spefikasi yang ditetapkan SENDIRI oleh Mforce kepada meter asal mengikut spefikasi SYM.
Ketika itu, kami diberikan alasan bahawa tiada piawaian khusus di negara ini berkaitan kalibrasi kelajuan meter bagi semua kenderaan di Malaysia.
Bagaimanapun, kami telah menerangkan kepada wakil syarikat terbabit, alasan piawaian yang diberikan tidak boleh diguna-pakai kerana isu utama yang menyebabkan masalah bacaan meter tidak tepatt adalah tindakan Mforce mengubah sukatan angka indikasi kelajuan pada meter Maxsym.
Lanjutan daripada pertemuan terbabit, wakil Mforce telah memberikan jaminan pada kami bahawa mereka akan menyelesaikan isu berkenaan dan terlebih dahulu akan mendapatkan maklum balas dari pihak principal manufacturer, iaitu SYM Taiwan untuk tindakan selanjutnya. Itu pada Oktober tahun lalu.
Beberapa bulan selepas itu sehingga bulan Februari lalu, MRM telah membuat beberapa kunjungan ke kilang Mforce (SYM Malaysia) di Alma untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung isu meter berkenaan. Jawapan yang diiterima adalah sama - Quote "Kami masih menunggu makumbalas dari Taiwan...." end quote.
MRM juga telah diberikan beberapa meter yang dikatakan spec dari Europe dan UK untuk diuji, namun hasilnya masih sama : iaitu paparan angka indikasi yang tidak masuk akal (kelajuan maksimum 220kmh) berbanding 180kmh bagi spefikasi standard.
MRM juga telah menjalankan penyelidikan sendiri dan mendapati tidak wujud meter yang dikatakan 'UK spec' atau 'Europe spec' yang mempunyai angka indikasi kelajuan sehingga 220kmh - semuanya spefikasi standard iaitu 180kmh kecuali spefikasi meter di negara ini saja, 220kmh.
Bagi orang kuat-orang kuat Mforce, jika anda membaca artikel ini, begini sahaja lah....MRM memberikan anda jalan penyelesaian alternatif yang mudah, murah dan efektif. Bagaimana??? Teruskan membaca di bawah.
Pertama, sebenarnya tidak ada beza kalibrasi bagi menetapkan kelajuan pada meter spefikasi Malaysia dan mana-mana meter spefikasi yang dikeluarkan oleh SYM Taiwan. MRM telah pun menjalankan kaji selidik dan membuat perbandingan dengan meter Maxsym yang diedarkan di Singapura (Max 180kmh). Semua komponennya sama . Tidak ada masalah meter ringan sebenarnya. Lihat gambar di bawah.
Apa yang membezakan dan memberikan kesimpulan oleh pemilik-pemilik maxsym serta pihak-pihak lain bahawa meter Maxsym ringan ialah tindakan Mforce sendiri meminta principal (SYM Taiwan) mengubah papan pemuka meter dari asal 180kmh kepada 220kmh.
Lihat gambar perbezaan kelajuan antara papan pemuka 180kmh asal dengan papan pemuka 220kmh Mforce. Lihat juga garisan penanda perbezaan yang tercatat. MRM rasa tidak perlu dapatkan khidmat pakar automotif ataupun jurutera ataupun maklum balas dari SYM Taiwan sendiri kerana puncanya adalah jelas dan jalan penyelesaiannya juga adalah jelas.
1- Mforce tidak perlu guna alasan mendapatkan maklumbalas dari pihak Taiwan untuk tidakan seterusnya atau proses 're-calibration' kerana TIDAK ADA proses 'recalibration' yang diperlukan
2- Mforce hanya perlu melaksanakan inisiatif notis 'recall' kepada pemilik Maxsym sedia ada dan hanya menggantikan papan pemuka (face plate) asal 180kmh sahaja, jadi maknanya...tidak perlulah nak ganti seluruh komponen meter berkenaan. Jalan penyelesaian ini rasanya mudah dan murah.
Tetapkan saja masa dan MRM berpendapat pemilik Maxsym tidak bermasalah untuk diletakkan dalam waiting list sehinga giliran mereka ke SC untuk menukar papan pemuka asal yang dicadangkan.
Bola di kaki anda sekarang Mforce!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Meter Aku Xbetul....
ReplyDeleteBuang masa dah ni... ramai2 buat petition kepada kementerian perdagangan dan hal ehwal pengguna kita buat tuntutan secara sah di mahkamah.. di takdirkan kita menang dan jika mforce buat bodoh... senang bagi kilang tu gulung tikar terus..
ReplyDeleteKita nirakyat malaysia memang tiada apa apa "Right" untuk barang yang kita beli. Hak pengguna hampeh....
ReplyDeletetu sebab pembekal,penjual, pengilang.....besar kepala.
saya nak beli second sym 400i ok ke motor ni? mintak pendapat sikit
ReplyDeleteMaxsym ok...bawa sedap...boleh maintain speed 130km(dimeter 160km) dari penang ke kl...
ReplyDeleteAs salam semua..sym 400i sy overheating..nk buat camner ya..ada tak masalah mcm ni berlaku pd kwn2 semua..pd mulanya sy ride dr changlung ke alor star utk servis..dan xde apa2 berlaku..selepas servis..terus jd temperature naik hampir maksimum..motor dh 6 bulan x jln..hanya panaskn enjin hari2..baru smlm ride pulak dan terus jd mcm tu..
ReplyDeletemasa service ada tukar coolant tak?
Deletesalam...ada tk email utk aduan trk benelli..mtr sy dh masuk beberapa kali..tp masalah tk selesai.tqvm
ReplyDelete