Friday, 29 March 2013
Itu Ini, Begitu Begini - Sorotan Mingguan Maxsym di sana sini
Aduhai TBW 2013
Dah sebulan Terengganu Bike Week 2013 berlalu, memang sambutannya begitu hangat sekali. Ribuan bikers dari seluruh pesuk negara dan luar negara telah membanjiri Dataran Pantai Batu Buruk sepanjang dua hari program berkenaan berlangsung.
Namun, yang tidak senang didengar pulak, rungutan daripada sebilangan besar bikers sendiri yang mengadu tidak dapat barangan goodies seperti key kepala dan sarung tangan seperti dijanjikan. Dengar khabar juga bukan kecil bilangannya tetapi ratusan.
Aduhai, macamana boleh jadi begini wahai penganjur TBW 2013? Adakah anda semua juga dijangkiti demam PRU menabur janji sana-sini?
Ni perkara serius dan ia benar-benar berlaku sebab, MRM sendiri dengan beberapa bikers Maxsym lain juga mengalami situasi yang sama dan dijanjikan barangan yang sama. Buat apa penganjur beria-ia mengambil butiran seperti alamat lah, no telefon lah dan berliur mulut janji, " nanti selewat-lewatnya minggu depan, kami poskan barangan itu," ...habuk pun tiada.
Maka tidak menghairankan MRM lah jika TBW 2014 di dataran Pantai Batu Buruk tahun depan akan sunyi sepi tanpa kehadiran ribuan bikers jika penganjur program dah pandai klentong
Meter oh Meter
Rasanya selepas artikel yang disiarkan MRM baru-baru ini, ramai pemilik Maxsym tertunggu-tunggu maklum balas dari Mforce Bikes Holding Sdn Bhd. Melalui artikel berkenaan, syarikat terbabit sebenarnya sudah tiada alasan lagi untuk cuba menepis aduan dan rasa tidak puashati pemilik Maxsym.
Mereka tidak boleh lagi gunakan alasan tiada peruntukan undang-undang menetapkan kalibrasi kelajuan sesuatu speedometer sebab sudah terbongkar, tindakan 'pandai' mereka sendiri meminta SYM TAIWAN mengubah angka kelajuan pada pemukan papan speedometer tu menjerat leher mereka sendiri.
Dengar khabar juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah menerima puluhan aduan dari pemilik Maxsym berkaitan isu itu.
Yang peliknya, sikap Mforce yang masih diam membisu seolah-olah sudah hilang punca tidak tahu apa yang nak diberikan sebagai alasan.
Ada website sendiri pun tidak boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyiarkan sebagai contoh, Notis mengenai isu meter berkenaan dengan sekurang-kurangnya nyatakan pendirian atau status kemajuan proses penukaran meter berkenaan.....atau mungkinkah apa yang diterangkan kepada seorang dua pemilik Maxsym yang secara peribadi telah ke Alma di Bukit mertajam untuk bertanyakan mengenai perkembangan isu meter itu hanya sebagai 'damage control' atau untuk menyedapkan (menipu?) hati mereka saja?
Kita tunggu perkembangan selanjutnya
D.I.Y. LED Day Running Light
MRM telah mengadakan sesi DIY baru-baru ini, mengubah warna lampu LED dari putih ke warna Kuning (amber) . Salah satu sebab MRM mengubah warna lampu berkenaan adalah kerana MRM berpendapat menubah suai atau menambah runnning light menggunakan lampu signal sedia ada akan membebankan bateri dan rectifier untuk jangkamasa panjang.
Tunggu kemaskininya, MRM akan membincangkan dan menunjukkan panduan secara terperinci pengubahan lampu berkenaan melalui D.I.Y
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment