Saturday, 16 March 2013

Spark Plug


Carta di bawah secara ringkas memberikan anda petunjuk bagaimana untuk memahami atau mengenal pasti keadaan palam pencucuh yang berkaitan dengan tahap efisyen sistem pembakaran bahanapi enjin anda. Lazimnya sesebuah palam pencucuh itu disyor untuk ditukar selepas 20,000km ( bergantung pada keadaan)

The Chart below roughly gives you the info on how to determine your spark plug condition which is relevant to the fuel engine combustion. Normally it is reccommended to replace it after 20,000km or more





HID kit


Sistem dwi lampu Maxsym sememangnya sudah cukup terang, tetapi adakalanya ada juga pemilik Maxsym yang memasang mentol HID untuk memberikan pancaran lampu yang optimum.




Pemasangan assesori ini biasanya menggunakan mentol jenis 4300K yang memancarkan cahaya lampu tinta kekuningan sedikit tetapi jelas lebih terang daripada lampu OEM berbanding dengan 6000K yang memancarkan pancaran putih dan boleh menyilaukan mata.




Komponen sistem HID terdiri daripada mentoll HID sendiri dan juga Ballast kit. Sebenarnya ada pelbagai jenis lampu HID kit di pasaran, dari yang asas hinggalah jenama premium seperti Bosch atau Philips.

Jenama yang murah dan menjadi pilihan majorit pula biasanya dibuat dari China atau Taiwan. Pemasangan HID kit ini juga biasanya adalah plug n Play dan Maxsym menggunakan mentol jenis H1.


Wednesday, 13 March 2013

Selamat Datang Forum Maxsym Portugal


Admin bagi pihak MRM berasa sukacita unuk mengumumkan bahawa blog ini telah memeterai jalinan kerjasama dengan Forum Maxsym Portugal. Anda boleh mengakses forum terbabit dengan mengklik Logo di sebelah kiri blog ini. Admin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang kepada  Forum Maxsym Portugal. Moga kita bersama-sama dapat berkongsi maklumat dan pandangan berkaitan Maxsym untuk manfaat semua.



On behalf of MRM, Admin would like to announce the partnership with Forum Maxsym Portugal. Visitors to this blog can click on the Logo provided on the left navigation box of this blog. Admin would also like to wish "Selamat datang" to Forum Maxsym Portugal. MRM hoped that all Maxsym owners from both end of the world would benefit the partnership to share informations, views and experiences.

Tips 101 - Belting Maxsym



Antara igauan ngeri bagi seseorang penunggang skuter adalah apabila terkandas disebabkan belting sistem cvt yang putus lebih-lebih lagi jika skuter berkenaan adalah seperti Maxsym seberat 240kg. Memang boleh dikatakan mustahil bagi penunggang untuk menolak skuter berkenaan apatah lagi dalam sesuatu kes, melakukan secara D.I.Y untuk mengganti belt yang terputus.

Dalam pada itu, penunggang juga menghadapi risiko kebarangkalian belt yang putus itu boleh terbelit sehingga merosakkan sistem CVT terutamanya kepada drive face atau variator.



Kali ini, MRM akan memberikan tip bagaimana untuk mengaggak secara kasar dan bila akan timbul tanda-tanda belting berkenaan sudah menghampiri akhir jangka hayatnya.

Jika mengikut panduan atau syor yang ditetapkan oleh pengilang, penukaran belting bagi skuter Maxsym adalah pada 15,000km, bagaimanapun jika penunggang sentiasa menunggang dengan cermat , jangka hayat belting berkenaan boleh dilanjutkan sehingga antara 20,000-25,000km.



Untuk melakukannya, cara yang terbaik dan selamat ialah ketika menghampiri jangka hayat 15,000km seperti yang disyorkan pengilang, anda wajar menservis CVT anda dan dapatkan rumusan daripada mekanik samada belting berkenaan masih boleh digunakan atau sebaliknya.

Jika masih boleh digunakan, selepas 2,000-3,000km, anda perlu membawa Maxsym anda ke bengkel dan servis cvt anda di samping memeriksa keadan belting anda. Ia perlu dilakukan pada setiap 2,000-3,000km seterusnya .

Cara yang paling mudah adalah melalui pendekatan pengawasan melalui servis berkala sistem CVT itu sendiri. Jangan lupa untuk menyapu minyak gris berkualiti pada bearing drive face dan juga boss shaft. Sebabnya adalah, kepanasan adalah antara sebab belting, driveface dan variator boleh rosak atau terputus



1- Pengawasan menggunakan pendekatan pusingan RPM pada tahap sesuatu kelajuan.
Cara ini paling mudah lebih-lebih lagi jika penunggang memiliki pengalaman dalam penjagaan skuter. Cuba ingatkan tahap kitaran RPM pada (sebagai contoh) kelajuan 140kmh (GPS 100kmh) biasanya dalam keadaan belting yang masih baik, kitaran RPM adalah dalam lingkungan 5,000 RPM.

Belting yang telah haus ataupun sudah sampai kepada jagnka hayatnya biasanya akan menyebabkan kitaran RPM lebih tingg daripada biasa, Kebiasaannya adalah peningkatan skitar 300-500 rpm.

2- Pendekatan melalui rasa(feel) ketika penunggangan biasa.
Jika belting sudah mula menunjukkan sampai pada peringkat akhir jangka hayat, penunggang yang berpengalaman akan dapat membezakan tahap daya pecutan yang semakin menurun. Selain daripada itu, penunggang akan merasakan seperti sindrom kesan getah gelung ditarik (stretched rubber band effect). 

Adakalanya,kita juga dapat merasakan seperti CVT tersentap setiap kali membuat pecutan atau ketika berada pada tahap kelajuan yang tinggi.

Perbezaan melalui pendekatan ini mungkin tidak dapat dirasakan penunggang biasa, tetapi ia adalah salah satu cara bagi mereka yang telah biasa dan berpengalaman.



Among the worst nightmare for a scooter owner is having to face breakdown due to worn out or snapped belting and it will be next to impossible pushing such a heavy maxi scooter or even conducting a D.I.Y style replacing the damaged belting.

Other than that, you might also facing the risk of the damaged belting got tangled with the CVT system's component thus also damaging the drive face or variator in the process.

MRM will share with you a few tips on how to detect worn belting and when to know the signs that it is nearing its life span.

The best way is to undergo the schedules service for your Maxsym's CVT system when nearing the 15,000km mark based on the manufacturer's recommendation to replace the belting. Through this method, your mechanic can assist you to determine the condition of the belting and whether it is still safe and usable for a few thousand kilometers more. Do not forget to make sure your mechanic applies quality high temp resistance grease on the driface's bearing and cylindrical boss shaft.

It is essential since excessive heat is on of the main cause of damaged beltings or dive face and variator.

The most common method adopted by experienced and seasoned  rider  is by gauging the RPM at certain speed say 5,000RPM at 100kmh when the belt is in good condition and comparing the RPM again at the same speed when the belting lifespan is nearing or past the manufacturer's recommendation.

A worn out belting will normally resulted to a higher than usual RPM at the mentioned speed.

Another way is by the 'feel' method. You can feel the CVT system have the rubber band effect when accelerating or during maintaining high speed riding


Tuesday, 12 March 2013

TBW- Dari Lensa DTK SYM

Berikut kiriman foto sekitar aktiviti Terengganu Bike Week yang berlangsung 1 Mac lalu daripada pemilik Maxsym dari Kota Bharu, DTK SYM


Terengganu Bike Week Malaysia 2013 - Through The Lens Of  DTK SYM



Below are photos of TBW activities held recently contributed by Sym Maxsym owner, DTK SYM from Kota Bharu, Kelantan
















Sekadar Pencerahan



Kewujudan blog Maxsymridersmalaysia (MRM) adalah usaha dan dorongan sendiri.

Ada desas-desus dan perbualan di sana sini yang merumuskan kesimpulan bahawa blog ini ditaja oleh Sym Malaysia (Mforce Bikes Holding Sdn Bhd). MRM ingin menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sedemikian.



Tujuan blog ini diterbitkan adalah bagi memberikan manfaat, pengetahuan dan info kepada semua pemilik dan mereka yang berminat dengan Sym Maxsym 400i. Blog ini juga pada prinsipnya berwawasan menjadi sebagai jembatan penghubung antara pemilik dan pengedar skuter ini sendiri yakni Sym Malaysia dengan:

- mengutarakan sebarang permasalahan pemilik

- menyampaikan perkembangan terkini berkaitan

- menyediakan pengetahuan umum mengenai penjagaan skuter Maxsym

- memberi liputan mengenai sebarang aktiviti berkaitan pemilik, penunggang dan kelab pemotoran.

Sejak blog ini diwujudkan, MRM mendapat banyak sokongan dan sumbangan berupa artikel dan gambar dari pemilik Maxsym sendiri.





Malangnya, sehingga kini, sokongan sedemikian tidak dikecapi dari pengedar skuter Maxsym sendiri, Mforce SB walaupun usaha telah dilakukan samada mengadakan pertemuan dua mata atau melalui email dan sms memohon Mforce menghubungi MRM jika ada sebarang aktiviti atau rogram yang dianjurkan untuk diwar-warkan dalam blog.

Apa-apapun, MRM blogspot akan terus menyiarkan bahan-bahan artikel yang boleh membantu pemilik Maxsym meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan.

Bagi Mforce SB, terpulanglah pada pandangan mereka, MRM tidak rugi apa-apa, sebaliknya, imej syarikat itu sendiri yang tercalar jika mereka beranggapan tidak perlu memberikan sokongan ataupun berkongsi info berkaitan dengan blog ini....betul tak?

Isu Meter Lagi.



Baru-baru ini, MRM dimaklumkan oleh pemilik Maxsym dari Johor, saudara Azwan bahawa beliau telah memfailkan aduan rasmi mengenai komponen meter yang maxsym yang diedarkan oleh Sym Malaysia (Mforce Sdn Bhd).



Isu ini dah lama menjadi duri dalam daging bagi pemilik Maxsym sejak mula ia diedarkan pada Julai 2012 lalu.
Sila baca disini.

MRM ada menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan beliau mengapa isu berkenaan dibawa ketengah olehnya memandangkan proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan.

Apabila dinyatakan ' proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan ', MRM 'meminjam' ayat dari wakil Mforce sendiri mengenai permasalahan dan tuntutan pemiik maxsym supaya meter berkenaan digantikan dengan meter standard sama seperti Maxsym lain yang diedarkan di seluruh dunia.

Saudara Azwan ada menjelaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana berpendapat ia wajar dilakukan memandangkan beliau dimaklumkan ada beberapa pihak juga telah mengemukakan aduan yang sama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Beliau maklumkan, selepas aduan dibuat, pihak KPDNKK ada menghubunginya  dan begitu juga beberapa wakil dari Mforce.

Jawapan (alasan?) yang diberikan oleh Mforce sma saja seperti yang diberikan kepada MRM dan juga sekumulan pemilik Maxsym yang bertindak menyerahkan memorandum menuntut meter itu ditukar pada Oktober lalu.

Boleh Terima pakai ke alasan yang diberikan???

Alasan yang pertama diberi:

Tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan.

Alasan yang kedua diberi:

Mforce sedang tunggu maklum balas dari Taiwan untuk proses selanjutnya.

Secara Rekod , alasan-alasan berkenaanlah acapkali diberikan kepada MRM danpemilik Maxsym lain.

MRM ingin menegaskan pada Mforce:

Pertama, walaupun tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan, namun isu utamanya adalah mengapa meter berkenaan diubah? Mforce nampaknya mempunyai niat tidak baik dengan cuba memesongkan isu sebenar dalam hal ini.

Kedua, alasan tiada badan tertentu menetapkan piawaian berkaitan tidak boleh diterima pakai kerana itu BUKAN isunya tetapi tindakan Mforce pandai-pandai sendiri mengubah papan muka meter berkenaan yang menjadi PUNCA isu dan masalah.

Ketiga, Mrm juga mempunyai asas dan maklumat yang kukuh diperolehi dari SYM Taiwan, bahawa Mforce sendiri yang meminta papan pemuka (dial face plate) diubah dari asalnya kelajuan maksimum yang tertera ialah 180kmh kepada 220kmh.

Jangan Permainkan Pemilik Maxsym

Sayugia diingatkan, statistik demografik pemilik Maxsym adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan, profesional, peniaga dan sebagainya. Sehubungan itu jangan cuba menghina kebijaksanaan kami dan juga mempermainkan kesabaran kami.



LIMA bulan dari tarikh kami menghantar memorandum secara rasmi berkaitan isu berkenaan adalah terlalu lama dan kesabaran kami semakin menipis dengan alasan dan penjelasan yang sama tanpa sebarang tindakan susulan yang konkrit.

Jika KPDNKK boleh menghubungi saudara Azwan 72 jam selepas aduan dibuat dan Mforce sendiri melalui wakilnya boleh juga menghubungi beliau 96 jam selepas itu, apa lagi alasan yang mahu digunakan untuk melengah-lengah atau mengelak memperbetulkan masalh yang diwujudkan oleh Mforce sendiri.

April ini adalah tarikh 'deadline' terakhir bagi Mforce untuk memperbetulkan keadaan dan berhadapanlah dengan puluhan aduan secara berkumpulan kepada KPDNKK jika maslah berkaitan meter ini tidak diselesaikan sebaik mungkin

Friday, 8 March 2013

Itu Ini, Begitu Begini - Rumusan Mingguan Maxsym Di sana, sini




Banjir!

Pelbagai perkara menarik dan tidak kurang juga jelek berlaku sepanjang minggu lalu. MRM berada di Kuala Terengganu untuk bersama-sama meramaikan kedatangan bikers dari seluruh negara ke Terengganu Bike Week 2013 (TBW 2013).

Menariknya adalah, pengalaman mengharungi air setinggi 0.5 meter di rantau panjang dan tidak kurang juga perjalanan melebihi 1,400km bermula dari Shah Alam sebelum disertai oleh saudara Annuar dari Sungai Petani di Grik dan menertuskan perjalanan ke Kota Bharu melalui Banding, Jeli dan Rantau Panjang.

Kami bermalam di Kota Bahru dan kedatangan kami disambut pula oleh Nor Hisham a.k.a DTK Sym yang turut menyertai kumpulan kami ke TBW pada keesokannya.

Seperti dinyatakan, yang menarik, penyertaan ribuan bikers dan juga acara Le Tour De Langkawi 2013, yang berlangsung serentak dengan TBW 2013. 

Yang jelek pula adalah desas-desus perkhabaran yang diterima berkaitan gelagat beberapa kumpulan yang dikatakan 'BIKERS' tetapi langsung tidak faham apa itu erti 'We Are Brothers'.

Cerita-cerita yang tersebar dalam alam siber antaranya rasa tidak puashati dengan pengurusan yang tidak teratur sehingga ada bikers yang telah mendaftar dan membayar yuran pendaftaran tidak mendapat sepenuhnya barangan dalam Goodies Bag.




Rasanya, mereka bukan berkira sangat pasal masalah ada yang tidak dapat kemeja-T atau sarung tangan ataupun Key kepala, tetapi yang dipersoalkan adalah jika penganjur boleh mencetak no slip sehingga angka 3,000 , sudah pastinya pengajur juga mesti menyediakan jumlah kuantiti barangan berkaitan sama dengan jumlah slip yang dicetak..betul tak?


We Are Brothers, Betul Ke???

Ada pula cerita mengenai sekumpulan pemilik skuter yang sampai di sana tetapi tidak dibenarkan meletakkan skuter mereka bersebelahan dengan motosikal berkuasa tinggi...betul atau tidak cerita ini, wallahualam.


Tetapi, seandainya benar maka sangat memalukan seseorang atau sekumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi bersikap sedemikian. Agaknya mereka memandang rendah pada penunggang skuter ini tetapi adakalanya mereka juga tidak tahu ramai pemilik skuter ini memeliki motosikal berkuasa tinggi tetapi atas dorongan minat, mereka menunggang skuter.


Satu lagi berita yang kurang manis didengar ialah berkenaan marshal pada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi yang berlagak angkuh dan kurang ajar apabila dikatakan marshal terbabit melakukan provokasi kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengadakan pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Aduhai...kenapa jadi begini bikers-bikers dewasa ini?


Cerita Belting Putus

Beberapa hari yang lalu juga, MRM yang baru pulang dari ride santai ke Johor menerima panggilan SOS dari saudara Azizul, pemilik Maxsym yang terkandas ekoran masalah belting skuternya putus.

Pemilik bengkel Man Sheng Motor di Jalan Loke Yew, Ah Chung telah datang untuk menukar belt yang putus itu. Apabila dibuka cover CVT, ditarik keluar saki baki belt yang putus dan dilekangkan autoclutch belakang, beliau menyatakan bahawa kesan di variator dan boss shaft yang calar dan longgar menunjukkan bahagian berkenaan TIDAK diletak minyak Gris.


Menurutnya, ia bekemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan belt itu putus.


MRM telah menghubungi salah seorang orang kuat Maxsym di Mforce dan menerangkan padanya apa yang berlaku memandangkan saudara Azizul telah membuat servis sistem CVT Maxsym dua minggu sebelum itu.

MRM juga telah mengambil gambar variator yang rosak berkenaan dan seterusnya emelkan kepada beliau.

Namun apa yang mengecewakan adalah apabila MRM dimaklumkan bahawa Mforce enggan menggantikannya dengan alasan tempoh jaminani sudah tamat.

Ingin ditegas bahawa:

1- Walaupun tempuh jaminan telah tamat, tetapi jika kerosakan yang berlaku disebabkan KECUAIAN oleh mekanik yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan servis CVT itu menyebabkan kerosakan variator berkenaan, adakah Mfirce boleh lepas tangan dengan alasan tempoh jaminan telah tamat?

2- MRM rasa saudara Azizul juga boleh menerima hakikat belting berkenaan sudah hampir tiba masanya untuk digantikan maka apabila belting itu putus, tiada sebarang tuntutan boleh dibuat....tapi cuba kaji balik apa yang ditulis di perenggan atas.


Jangan Jadi Seperti Pengeluar Motosikal\Skuter Di Gurun 

MRM dan pemilik-pemilik Maxsym lain bukanlah begitu 'murah' sangat nak tuntut itu ini begitu begini, tetapi kami hanya mahu Mforce mengetatkan lagi Standard Operating Procedure (S.O.P) dan juga KUALITI servis yang diberikan.

Ada banyak lagi isu-isu, masalah-masalah yang timbul ekoran ketidak-kecekapan dan juga mutu kerja yang seolah-olah berkait kepada kata-kata lumrah 'janji siap' , namun tidak perlulah dicerita secara panjang lebar di blog ini.

Dewasa ini saingan semakin berkembang antara pengeluar dan pengimpot motosikal atau skuter...jika Mforce tidak meningkatkan kecekapan dan membanteras isu-isu yang diperkatakan ataupun memasang telinga mendengar rintihan atau permasalahan pemilik SYM, akan tiba masanya pula nanti Mforce atau Sym Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti syarikat pengilang motosikal dan skuter tempatan yang semakin mengecil penguasaannya dalam penjualan motosikal dan skuter di Malaysia..

Tuesday, 5 March 2013

Maxsym dan X-1R


Bercakap tentang prestasi enjin, sudah pastinya menjadi impian setiap pemilik skuter atau motorsikal yang mahukan kenderaan mereka memberikan prestasi tahap optimum.

Tidak kurang juga mereka yang sanggup menghabiskan ratusan, jika tidak ribuan riggit samada melakukan modifikasi ataupun memasang komponen tambahan hanya untuk mendapatkan kepuasan mencapai satu matlamat, yakni prestasi enjin yang optimum.

Selain daripada modifikasi ataupun pemasangan komponen asessori tambahan, pilihan alterbatif lainpula adalah melalui gabungan cecair aditif samada bahan berkenaan dicampur dengan minyak enjin ataupun petrol.

Baru-baru ini Maju Motor Racing (MMR) di Shah Alam memberikan MRM beberapa botol produk sample keluaran X1R untuk diuji sejauh mana perbezaan serta peningkatan terhadap enjin Maxsym.

Klik Sini


Terdapat dua jenis produk yang sesuai dengan enjin motosikal atau skuter diberikan kepada MRM untuk diuji secara intensif, iaitu :

X-1R Small Engine Formula




dan X-1R Octane Booster


Sebelum itu, kedua-dua produk berkenaan telah diuji keatas enjin motosikal pasukan lumba Yamaha Maju Motor Racing. Ujian merangkumi penalaan enjin dan juga ujian Dyno.

MRM telah mengambil kesempatan perjalan menyertai Terengganu Bike Week (TBW) di Kuala Terengganu sebagai landasan untuk menguji sejauh mana keberkesanan serta impak yang mampu diberikan menggunakan kedua-dua produk terbabit.

Perjalanan merangkumi perjalan menggunakan lebuhraya dari Shah Alam ke Kuala Kangsar, kemudiannya menuju Grik sebelum menggunakan jalan yang berbukit bukau dari Grik ke Banding dan seterusnya ke Grik.

Laluan seterusnya melalui Kota Bharu sebelum menggunakan jalan pantai dari Bachok hingga ke Kuala Terengganu dimana jumlah keseluruhannya adalah sejauh 730km.


Bagi memastikan MRM dapat memperolehi keputusan ujian yang berbeza antara penggunaan minyak aditif X-1R Small Engine Formula dan juga aditif untuk minyak petrol X-1R Octane Booster, dua Maxsym telah digunakan.

X-1R Octane Booster

Botol 12ml bahan aditif ini boleh digunakan untuk kuantiti tangki 75L, namun kadar minima yang boleh dituangkan sepenuhnya bagi satu botol adalah 19L. Ini bermakna bagi sebotol X-1R Small Engine Formula, pemilik Maxsym boleh menggunakannya sekurang-kurangnya empat kali penunangan penuh minyak petrol untuk tangki petrol Maxsym.

Perlu dinyatakan terlebih dahulu, dalam ujian Dyno yang dilakukan di MMR, tiada sebarang peningkatan terhadap kuasa torque enjin yang diperolehi. Carta dyno menunjukkan alunan curve max torque yang sama dengan bahanapi yang tidak dicampur dengan X-1R Octane Booster pada enjin yang digunakan untuk tujuan ujian berkenaan. 

Sebaliknya enjin yang sama, apabila minyak enjinnya dicampur dengan X-1R Small Engine Formula, hasilnya berlainan pula. Terdapat peningkatan kira-kira 3 peratus prestasi max torque  dan HP enjin.

Tetapi apabila ujian jalan dilakukan, hasilnya menunjukkan sebaliknya. Ternyata Maxsym yang menggunakan campuran petrol dengan X-1R Octane Booster ternyata lebih berkuasa dan mampu meninggalkan dua skuter Maxsym lain, satu yang menggunakan bahan aditif X-1R Small Engine Formula manakala sebuah lagi Maxsym 'stock standard'.

Maxsym yang menggunakan X-1R Octane Booster mampu mencapai kelajuan maksimum lebih pantas dari kedua-dua Maxsym lain dan hakikat ini diakui oleh penunggang Maxsym berkenaan.

Beliau sendiri menyatakan selepas, mencampurkan bahan tersebut kedlaam tangki petrol skuternya, beliau dapat rasakan perbezaan dari segi pecutan dan juga kelancaran enjin...menarik bukan? 


X-1R Small Engine Formula

Penulis menggunakan bahan aditif berkenaan keatas enjin Maxsym milik penulis yang menggunakan minyak enjin Castrol Power 1. Bagi setiap Liter pengeluar mengseyorkan dicampur dengan sebotol 12ml X-1R Small Engine Formula oleh itu, bagi enjin Maxsym, dua botol diperlukan dan perbezaan ketara yang dapat dirasakan adalah bunyi enjin yang lebih senyap dan terasa lancar.

Bagaimanapun perbezaan itu tidak membawa kepada sebarang peningkatan terhadap kuasa enjin seperti yang ditunjukkan pada ujian Dyno sebelum ini dan kemungkinan juga peningkatan itu terlalu minimal dan tidak dapat dirasakan secara ketara ekoran minyak enjin sintetik penuh yang digunakan penulis.



Ini dapat disahkan ketika penulis menunggang di laluan jalan Grik, Banding menuju ke Jeli dimana selain daripada jalan yang berliku-liku diikuti dengan pendakian bukit, tahap altitude yang lebih tinggi dengan atmosfera udara yang lebih nipis yang boleh memberikan kesan kepada proses sistem pembakaran (combustion) enjin, namun perbezaannya adalah minimal.

Skuter Maxsym kedua yang menggunakan bahan X-1R Octane Booster jelas dilihat lebih kuat daya pecutan keluar dari selekoh dan juga ketika mendaki jalan berbukit




Bagaimanapun, seperti enjin jenis Big Bore dan menggunakan sistem penyejukan air radiator, menunggang diatas jalan yang mendaki dan altitude tinggi, kebiasaannya suhu enjin akan meningkat, namun keadaan itu tidak berlaku keatas enjin Mxsym milik penulis yang telah dicampurkan dengan X-1R Small Engine Formula. 

Meter suhu kekal pada tahap dua Bar, berbanding tiga Bar yang biasa dialami oleh penulis menggunakan laluan yang sama beberapa minggu lalu tanpa penggunaan X-1R Small Engine Formula danhanya itu sahaja perbezaan ketara yang diperolehi

Hasil dari pandu uji yang telah dijalankan, boleh juga MRM menegaskan bahawa setiap produk yang diuji memberikan perbezaan atau peningkatan tersendirinya. X-1R Small Engine Formula yang dicampur dengan jenis minyak enjin mineral biasa boleh memberikan anda prestasi yang mencapai tahap yang diberikan jika menggunakan minyak enjin jenis sintetik dan berprestasi tinggi.

Manakala X-1R Octane Booster, seperti namanya memberikan suntikan tambahan octane atau kuasa lebihan kepada sistem pembakaran enjin sekaligus kita dapat merasakan peningkatan pada kuasa pecutan dan sedikit peningkatan kepada kelajuan maksima.

Kesimpulannya, bagi mereka yang mahu melakukan perjalanan jauh, penggunaan X-1R Octane Booster boleh disyorkan untuk tahap optimum pecutan atau kelajuan manakala X-1R Small Engine Formula pula mungkin boleh digunakan bagi tujuan perjalanan seharian untuk melindungi enjin dari wear and tear.



Friday, 1 March 2013

Rimau Malaya Di Banding


TBW Kuala Terengganu




Lebih dua ribu peminat dan pemilik motosikal membanjiri Dataran Pantai Burok di Kuala Trengganu menyertai program Terengganu Bike Week 2013.

Ternyata kepenatan dan kejerihan mengharungi cabaran bikers menunggang motosikal dan skuter mereka untuk menghadiri program berkenaan sememangnya memberikan kepuasan.

Semua penunggang, tidak kira kaum, agama mahupun kedudukan menjadi 'SERUMPUN' di acara tahunan yang secara kebetulannya juga sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pelbagai aktiviti diatur oleh penganjur dan esoknya, mereka akan berkonvoi pula mengelilingi sekitar bandar Kuala Terengganu.

Namun disebalik kemeriahan dan gempak gempita bikers dari dalam dan luar di TBW, terselit juga berita sedih apabila dimaklumkan beberapa bikers ditimpa musibah, ada yang cedera dan lebih sedih lagi dikhabarkan ada juga biker yang meninggal dunia terbabit dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk menyertai TBW.

MRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang ditimpa musibah. Semuga ALLah Swt melimpahkan rahmat keatas mereka.

MRM juga ingin merakamkan ucapan syabas kepada pihak penganjur yang telah mengatur program TBW 2013 dengan teratur dan profesional.