Wednesday, 12 June 2013

EVO 250i 2013 - Lebih Canggih, Lebih Berkuasa,Lebih Mantap


Topik yang disajikan kali ini beralih tumpuan daripada maxsym 400i.

Pagi tadi, MRM berpeluang menghadiri pelancaran model baru Sym Symphony Evo 250i di peringkat rangkaian pengedar yang berlangsung di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, di Shah Alam.

Setelah lebih tiga tahun model Sym Evo berada di pasaran bermula 2010, Mforce Bike Holding Sdn Bhd memperkenalkan model baru Evo 250i, sesuai dengan trend rekaan dan citarasa masakini.

Rasanya memang tepat keputusan Mforce memperkenalkan model baru ini selang beberapa bulan selepas model berkenaan dilancarkan di Taiwan lebih-lebih lagi model Evo sedia ada sudah mula menunjukkan bentuk rekaan yang 'dimamah' usia dan juga wujudnya model-model lain yang sekelas dengannya di pasaran tempatan sebagai contoh Kymco 200i.

MRM akan menerangkan secara ringkas hasil pandu uji yang dilakukan dan secara menyeluruh berkaitan reka bentuk, ciri-ciri baru yang digabungkan serta kesimpulan mengenai Sym Evo Symphony 250i 2013 di bawah.





Rekabentuk, komponen meter dan Ketrampilan

Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa reka bentuk model 2013 ini sememangnya selari dengan peredaran dunia pemotoran yang semakin hanga danaktif dengan pelbagai pengeluar serta pengedar bersaing memperkenalkan model baru untuk bersaing dalam pasaran.

Rekabentuk lampu, coverset dan paparan pemuka meter jelas sekali mengikut trend dan gaya rekaan diilhamkan dari model Maxsym 400i.

Berbanding dengan sistem lampu hadapan, sebelah untuk lampu utama dan sebelah lagi lampu tinggi, model baru yang diperkenalkan menggunakan sistem lampu sama seperti Maxsym 400i dengan assesori tambahan sistem auto sensor light switch.





Bagaimanapun, Evo 2013 menggunakan sistem konvesional penyalaan lampu berkembar dengan sistem lampu dual filament berbanding Maxsym yang menggunakan sistem projector light dengan Hi-Lo shutter mekanikal single filament.

Bahagian atas lampu berkenaan SYM mengekalkan ciri yang sinonim dengan ketrampilan EVO iaitu lampu LED day running light.




Selain daripada itu, model 2013 ini  juga dilengkapkan dengan lampu Fog Light di kiri kanan cover set. Lampu repetitor atau signal light pula adalah jenis LED yang digabungkan sekali di bahagian cermin sisi tepi.

Bahagian belakang pula, rekaan lampu night light dan juga signal telah dirombak sepenuhnya menggunakan LED dan tampak lebih kemas, sporty serta mengikut trend semasa.




Pemasangan dan Kualiti Material.

Apa yang menarik perhatian MRM adalah kualiti material plastik inner coverset, handle garnish cover dan body coverset. Tampak kualitinya bebeapa takuk lebih bermutu daripada model Evo lama, malah kualiti pemasangan pun mengatasi Maxsym 400i dengan langsung tidak kelihatan sebarang kecacatan 'gap' antara sambungan komponen coverset.




Syabas Mforce!...bagaimanapun adalah diharapkan mutu kualiti pemasangan tersebut dapat dikekalkan apabila model ini mula dipasang secara 'Mass Production' di kilang Mforce di Alma ,Bukit Mertajam nanti.



Rekaan exhaustnya juga tampak lebih menark walaupun pada pendapat MRM ada bahagian yang direka dan pasang sedemikian rupa hanya lebih bersifat kepada kosmetik untuk mentrampilkan rekaan sporty model baru ini.



Begitu juga, seperti kualii pemasangan komponen coverset, sekilas lalu pemeriksaan yang dilalukan mendapati pemasangan komponen utama juga kemas dan kukuh.


Komponen Mekanikal dan teknikal

Papan pemuka meter juga dirombak dengan dua paparan meter utama berbentuk bulat di bahagian tengah serta dua meter bagi suhu enjin dan meter petrol berbentuk bulat kecil di kiri dan kanan. Penggunaan meter LCD multi info pula dikekalkan berkedudukan antara dua meter utama.



Bagaimanapun, MRM agak terkilan sedikit kerana pihak Mforce masih mengekalkan calibration meter 'ringan' dimana paparan grafik kelajuan maksimum adalah pada 200kmh berbanding 180kmh yang terdapat pada model yang sama di luar negara. Tiada apa yag ingin diulas oleh MRM mengenai pekara ini melainkan anda sendiri menilai apa tujuannya.

Model baru ini masih menggunakan enjin Evo tetapi MRM mengesyaki telah berlaku perubahan pada mapping sistem ECU model baru ini, MRM akan membincangkan mengenai perkembangan ini di bahagan bawah nanti.

Sementara itu. model ini masih mengekalkan saiz rim 14" di hadapan dan 13" di belakang, namun saiz tayar telah diubah kepada 120/70/14 (depan) dan 140/60/13 belakang. Cakera brek juga lebih besar dan model ini masih mengekalkan sistem combine brake seperti model lama.



Disampng mengekalkan 12V DC oultet, model ini juga dilengkapi dengan sistem USB yang berguna jika anda mahu mengecas telefon pnta, memasang MP3 ataupun menggunakan GPS.

Terdapat juga hot air vent di bahagian tengah, namun MRM tidak nampak relevannya komponen berkenaan berdasarkan kedudukan geografi dan cuaca negara ini.

Bahagian simpanan bawah seat juga lebih besar daripada model lama dengan keluasan 45L dan tiada bonggol di baagian depan compartment itu seperti terdapat di model lama.


Penunggangan dan Handling.

MRM berpeluang menunggang uji model baru ini di sekitar kawasan hotel dimana pelancaran itu diadakan dan sekilas rasa, sememangnya ada perubahan daripada segi 'feel' menunggang model ini jika dibandingkan dengan model lama.



Mungkin SYM Taiwan telah mengubah setting dan mapping ECU untuk memberikan hasil prestasi pecutan yang linear dan terasa torque yang lebih baik berbanding Evo lama di tahap kadar bermula 4,000 RPM hingga 7,000 RPM.

Walaupun, pada permulaan daya pecutannya, dapat dirasakan model lama lebih 'ringan' namun MRM yakin penunggang akan menghargai peningkatan midrange power band yang sememannya penting dan berguna sebagai contoh untk memotong dengan selamat dan mendaki bukit tanpa terasa kehilangan kuasa.

Boleh dikatakan, daya cengkaman brake model baru ini setanding dengan maxsym 400i dan lebih baik daripada model sebelumnya. Yang pastinya penunggang akan berkeyakinan membrek pada kelajuan tinggi memandangkan berat bersih Evo 250i 2013 ini adalah 190Kg.



Handling dan juga kestabilan garisan lurus adalah bagus dan sistem absorber baru belakang yang lebih panjang daripada model lama meningkatkan keupayaan serta pengawalan skuter berkenaan. Bagaimanapun MRM tidak begitu gemar dengan cengkaman brake yang terlalu sensitf dan beharap baagian teknikal di mforce dapat memperbetulkannya dengan membuat sedikit adjustment.

Di kelajuan rendah, handle terasa berlebihan 'free' dan ringan bagaimanpun mungkin juga disebabkan leh jenis tayar Maxxis yang digunakan.


Kesimpulan, Harga dan pilihan Warna

Bagi mereka yang sedang menimbang untuk upgrade samada pemilik sedia ada model Evo lama atapun model VTS, rasanya tidak keterlaluan dikatakan model ini sememangnya boleh diketengahkan.

Antara rasional MRM berkata demikian adalah dari sudut pemerhatian kualiti material dan kualiti pemasangan disamping kelengkapan peralatan yang moden.

Bagaimanapun yang paling penting ialah komponen enjinnya yang dikekalkan, bermakna sememangnya sudah terbukti lasak dan juga boleh diyakini.



Penggunaan petrol adalah sekitar 300-390km bergantungan kepada corak penunggangan.

Harga yang ditetapkan adalah RM17,750 tanpa insuran bagi model biasa dan RM18.250 bagi model pearl white 'special edition'.

Tiga warna disediakan untuk pilihan bakal pemilik Evo baru ini, iaitu, Grey, Black dan Pearl White.

Menyebut tentang model special edition ini, skuter pandu uji yang dsediakan berwarna Matte Grey.



MRM tidak nampak rasional Mforce memasarkan model warna pearl white sebagai model special edition kerana MRM berpendapat warna Matte Grey bagi model pandu uji yang disediakan lebih berhak untuk dipasarkan sebagai model special edition keana nampak ketrampilanyang lebih 'garang, sporty dan memang begitu menarik sekali.



Adalah diharapkan bahagian pemasaran di Mforce akan menimbangkan secara serius pandangan dan cadangan MRM ini kerana MRM yakin jika warna Matte Grey itu dipasarkan sebagai model special edition,pasti akan jadi model "best seller".








Monday, 3 June 2013

Pemenang Bulan Mei FB Maxsymridersmalaysia.blogspot.com

Sukacita dimaklumkan, penyertaan foto Bro Pian di facebook MRM dipilih sebagai pemenang bagi bulan Mei. Tahniah diucapkan.






Anda hanya perlu post gambar Maxsym anda dengan elemen kreativiti dan pemenang aan ditentukan berdasarkan jumlah LIKE yang diterima.n foto bagi bulan Jun sudah bermula dari 1hb sehingga 25hb Jun. Penyertaannya mudah sahaja.

Genting With Wajarian

Sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Sehubungan itu, MRM menyusun sepuluh jari mohon maaf kepada semua. Kebelakangan terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk memuat turunbahan-bahan berkaitan.

Petang tadi, berkesempatan untk ride santai denganpemilik baru Maxsym, Bro Rahim a.k.a Wajarian ke Genting Highland. Ini sebahagian dari rakaman yang sempat dirakamkan



Wednesday, 1 May 2013

Pemenang Bulan April FB Maxsymridersmalaysia.blogspot.com

Sukacita dimaklumkan, penyertaan foto Bro Zakwan Johan di facebook MRM dipilih sebagai pemenang bagi bulan April. Tahniah diucapkan.

Pertandingan foto bagi bulan Mei akan bermula dari 1hb sehingga 28hb Mei. Penyertaannya mudah sahaja.

Anda hanya perlu post gambar Maxsym anda dengan elemen kreativiti dan pemenang aan ditentukan berdasarkan jumlah LIKE yang diterima.



Tuesday, 23 April 2013

Kurang Gegar = Kurang Ketahanan?




Setelah lebih sembilan bulan SYM Maxsym 400i berada di pasaran tempatan, jumlah pemilikannya juga semakin meningkat. Sememangnya skuter Maxi berkenaan dilihat sebagai belian terbaik berlandaskan nilai pembelian.

Namun begitu, tempoh setahun pertama akan menentukan samada ia benar-benar sebuah skuter maxi yang bagus. Jika dilihat secara umum, sememangnya Maxsym menepati citarasa pemiliknya, ruang barang yang besar, pengendalian yang stabil, reka bentuk yang menarik dan sebagainya.

Bagaimanapun, setiap ciri-ciri positi yang dilihat, ada juga kelemahan dan negatifnya. Sudah pastinya tidak perlulah MRM menyebut lagi isu meter bengong dan tindakan tidak 'gentleman' Mforce Bikes Holding dalam menangani isu berkenaan, tetapi ada ciri negatif lain yang lebih penting dan perlu dicari jalan penyelesaian secara teknikal oleh SYM Taiwan sendiri.

Sejak kebelakangan timbul masalah berkaitan bush engine mounting yang mula dihadapi oleh pemilik-pemilik Maxsym..Jumlah pemilik Maxsym yang terjejas semakin bertambah dan sudah pastinya situasi begini menimbulkan kebimbangan pemilik-pemilik terutamanya daripada segi aspek keselamatan penunggangan.

MRM sendiri terjejas dengan masalah engine mounting bush yang pecah. Apabila engine mounting bush itu pecah, penunggang akan menghadapi situasi penunggangan yang tidak stabil (terutamanya ketika sedang mengambl selekoh).

Getah Bush yang rosak 


Pelbagai bunyi, gegaran dan juga sensasi terasa seperti ada benda yang longgar akan mencacatkan penunggangan.



Persoalannya, apakah yang menyebabkan komponen berkenaan begitu mudah gagal atau rosak? Adakah ia disebabkan design Flaw?

MRM mempunyai teori mengenai masalah ini. Sila ambil perhatian, ini adalah teori MRM sendiri secara peribadi dan berkemungkinan punca masalah itu adalah berlainan, namun rasanya wajar juga kita renungkan seketika dan selebihnya adalah baik juga kita bincangkan.

Bush getah menggunakan material lain gantikan bush OEM

Engine Mounting Bush yang rosak juga beri kesan sampingan kepada bearing


Ketika SYM Maxsym diketengahkan secara pra-preview kepada wartawan pemotoan di Eropah tiga tahun lalu, MRM ada terbaca suatu artikel ulasan ringkas mengenai Maxsym 400i ini. Seorang wartawan dari majalah pemotoran di Eropah menulis beliau ada mengutarakan soalan kepada SYM Taiwan mengenai rasa geggaran enjin yang ketara terutamanya di handle skuter berkenaan.

Menurutnya lagi, wakil dari SYM memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedar akan masalah itu dan sedang berusaha\mengambil langkah untuk mengurangkan gegaran yang dirasa kepada vesi skuter yang bakal diedarkan ke seluruh dunia nanti.

MRM telah meneliti getah bush yang dikatakan bermasalah itu dan mendapati ia lebih 'lembut' sikit berbanding SYM VTS 200. Adakah kemungkinan jurutera di SYM telah mereka dan menggunakan komposisi getah bush yang lebih lembut untuk menangani masalah getaran enjin ketara yang disebut oleh wartawan berkenaan?

MRM berpendapat ia tidak mustahil memandangkan masalah berkaitan bush itu mula timbul di sini. Faktor cara penunggangan, keadaan cuaca, keadaan jalan juga mungkin antara sebab penggunaan bush yang dipilih tidak sesuai atau tidak tahan di negara ini.

Perlu diingatkan juga, rekaan struktur frame dan enjin menyaksikan komponen enjin, swing arm, ekzos dan CVT case skuter jenis maxsym ini adalah membentuk kepada SATU unit berkait yang disokong oleh casis melalui penggunaan mounting.

Berbanding dengan rekaan seperti Gilera atau Tmax sebagai contoh, setiap komponen yang dinyatakan tidak digabung sebagai satu unit dan memiliki rekaan free swivel swing arm ..hanya bahagian enjin dan ekzos saja berfungsi sebagai satu unit.

Jadi secara teorinya, mounting design seperti Maxsym mempunyai beban yang lebih berbanding model lain yang disebut

Seperti yang lazimnya, berdasarkan pengalaman lalu, faktor yang sama juga sering menyebabkan komponen-komponen tertentu pada model-model SYM di Malaysia menghadapi masalah berterusan, contohnya seperti tengkok piping exhaust yang kerap patah yang dihadapi oleh pemilik VTS 200 ataupun screw pengikat swing arm yang mudah patah.

Kesimpulannya, mungkin Mforce Bike Holding a.k.a. SYM Malaysia perlu mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan pendekatan 'localisation' yakni menggantikan komponen-komponen berkenaan dengan bahan atau material yang lebih sesuai dengan keadaan cuaca dan geologi di negara ini.

MRM sedang mengambil langkah menukar bahan getah bush yang bermasalah itu dengan bahan Polyutherane yang lebih keras tetapi 'heavy duty' untuk menjalankan kajian dan penilaian sendiri sejauh mana bahan gantian itu lebih baik dari bahan OEM.

Artikel ini akan dikemaskini suatu masa kelak untuk menilai keberkesanan serta ketepatan teori yang diketengahkan oleh MRM.


Tuesday, 9 April 2013

D.I.Y. - LED Day Running Light


Antara ciri-ciri unik ketrampilan skuter Maxsym ini adalah lampu day running light LEDnya..Dengan kombinasi sepasang lampu projector dan lampu LED, sememangnya mentrampilkan reka bentuk yang moden dan menarik.



Baru-baru ini, MRM cuba mempelbagaikan penampilan lampu LED berkenaan dengan mengubah warna lampu asal LED kepada beberapa kombinasi warna lain. Di bawah inilah hasilnya.







Untuk menukar warna lampu LED berkenaan sebenarnya amat mudah. Berbanding dengan model VTS atau Evo yang digam menggunakan silicon seal, komponen lampu Maxsym boleh dibuka dan dipasang menggunakan screw..



Bahagian komponen LED juga boleh dileraikan dengan membuka tiga screw yang diikat kepada komponen frame lampu utama itu sendiri.





Untuk mengubah dengan D.I.Y. , anda memerlukan soldering kit, mentol lampu LED yang biasanya boleh didapati di kedai-kedai elektronik dan sedikit kesabaran serta pengetahuan asas elektronik.



Selepas membuka coverset dan membuka cover belakang lampu utama, anda perlu membuka tiga screw untuk mengeluarkan komponen LED itu.





Kemudian, dengan menggunakan soldering kit, tanggalkan lampu LED yang hendak ditukar. Bersihkan dulu permukaan papan litar LED dan kemudian solder lampu LED baru yang anda pilih.






Pastikan arah pattern positive dan negative.

Pasang balik dan nikmatilah hasil kerja D.I.Y. anda.

Isu Meter - Perkembangan Terkini


MRM ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana agak lama tidak mengemaskini dengan bahan baru dalam blog ini. Akhir-akhir ini, banyak kerja tertangguh yang perlu diselesaikan.

Apapun, perkembangan terbaru mengenai kemelut meter 'bengong' skuter Maxsym yang diedarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd nampaknya semakin membara. MRM difahamkan lebih 40 aduan rasmi telah difailkan di Kementerian Pengguna Dalam Negeri Kedai dan Koperasi (KPDNKK) mengenai isu berkenaan.

Dalam hal ini, MRM mengambil sikap berpegang teguh kepada prinsip dan menyokong usaha kumpulan pembeli berkenaan. Tiada timbul soal, "Dah tolong settlekan claim warranty pun masih nak mengadu pasal meter dan sebagainya..."



Ayat di atas antara kenyataan yang diterima oleh  beberapa pemilik maxsym dari beberapa individu kakitangan syarikat itu yang telah dimaklumkan kepada MRM.

Sayugia diingatkan...urusan claim waranti tu sememangnya sudah menjadi hak pengguna dan syarikat berkenaan wajib menunaikannya. Soal claim warranty dan tuntutan supaya diperbetulkan masalah speedometer adalah dua perkara yang BERBEZA.

Walaubagaimanapun, MRM masih menaruh harapan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, walaupun Mforce beberapa kali cuba mengalihkan 'tiang gol' untuk mengelak berhadapan dengan pengguna (pemilik Maxsym) berhubung perkara berkaitan.

Tuesday, 2 April 2013

D.I.Y. Tukar Minyak Enjin oleh Azwan


Saudara Azwan dari Kluang Johor mengirimkan email besertakan bahan artilkel panduan untuk menukar minyak enjin, Oil Filter dan membersihkan air filter untuk dikongsi bersama dengan pemilik Maxsym lain.
MRM merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada beliau.

Selamat mencuba

Sharing is caring jom kita share kaedah servis/ tukar minyak enjin Maxsym. 
Nak share kat fb panjang sangat.



Peralatan diperlukan:
Sebuah Maxsym ;p





Minyak enjin 2 liter, filter cartridge (setiap 10K km), spanar 8mm, 17mm, 23mm, screwdriver, dll.




Mula2, persediaan tempat;




Buka getah alas kaki sebelah kiri (atas bawah)



Buka 2 skru pada lantai


Buka skru dekat footrest belakang



Buka 1 skru pada lantai atas (tempat kita selalu lunjur kaki)


Buka 1 skru tepi radiator. Yang bawah je. Yang atas tak payah.



Perlahan2 cabut coverset bawah tu. Kena tarik dari tengah ke belakang. Awas jangan ada clip patah.





Buka cover CVT (4 skru) saiz 8mm



Nampak dah tempat oil filter cartridge



Buka penutup isi minyak, drain plug, dan biarkan minyak lama keluar. Tadah bebaik.



Sambil2 tunggu minyak turun, bole buka air filter dan tembak angin / ketuk. ada 6 skru.


Bila minyak dah turun semua, buka cover mesh filter menggunakan spanar box 23. Bersihkan mesh.




Buka cover filter cartridge (3 skru).



Filter yang lama vs yang baru



Bersihkan semua, masukkan filter cartridge baru, pasang semula filter mesh, drain plug, masukkan minyak baru 1.9 liter. 


Pasang balik sumer cover.