Tuesday 9 April 2013

Isu Meter - Perkembangan Terkini


MRM ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana agak lama tidak mengemaskini dengan bahan baru dalam blog ini. Akhir-akhir ini, banyak kerja tertangguh yang perlu diselesaikan.

Apapun, perkembangan terbaru mengenai kemelut meter 'bengong' skuter Maxsym yang diedarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd nampaknya semakin membara. MRM difahamkan lebih 40 aduan rasmi telah difailkan di Kementerian Pengguna Dalam Negeri Kedai dan Koperasi (KPDNKK) mengenai isu berkenaan.

Dalam hal ini, MRM mengambil sikap berpegang teguh kepada prinsip dan menyokong usaha kumpulan pembeli berkenaan. Tiada timbul soal, "Dah tolong settlekan claim warranty pun masih nak mengadu pasal meter dan sebagainya..."



Ayat di atas antara kenyataan yang diterima oleh  beberapa pemilik maxsym dari beberapa individu kakitangan syarikat itu yang telah dimaklumkan kepada MRM.

Sayugia diingatkan...urusan claim waranti tu sememangnya sudah menjadi hak pengguna dan syarikat berkenaan wajib menunaikannya. Soal claim warranty dan tuntutan supaya diperbetulkan masalah speedometer adalah dua perkara yang BERBEZA.

Walaubagaimanapun, MRM masih menaruh harapan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, walaupun Mforce beberapa kali cuba mengalihkan 'tiang gol' untuk mengelak berhadapan dengan pengguna (pemilik Maxsym) berhubung perkara berkaitan.

1 comment:

  1. Assalam..isu meter ni blaku pd maxsym je ke?250i evo cm ne?tgh srvey2 n bminat dgn 250i evo..tq..

    ReplyDelete