Tuesday, 26 February 2013

DVR GPS Camera

Antara tindakan yang efektif untuk merakam perjalanan anda dengan maxsym adalah dengan menggunakan perakam video.

Sebenarnya, banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan pemasangan perakam video ini, antaranya ialah merakamkan sesuatu detik, sebagai contoh kemalangan ataupun log perjalanan yang dilakukan.

Kini, pelbagai jenama kamera jenis DVR (Digital Video Recorder) boleh didapati di pasaran. Dari jenama yang menawarkan rakaman biasa hinggalah yang lebih teknikal merakamkan dalam format HD (High Defination) hingglah kepada model yang menawarkan rakaman video yang turut memaparkanmaklumat tambahan seperti kelajuan, lokasi dan lain-lain lagi.

Antara jenama yang terkenal ialah Go Pro buatan Amerika Syarikat dan juga banyak lagi jenama lain.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut



Di Malaysia, banyak kamera buatan dari China dan Taiwan juga membanjiri pasaran tempatan. Pelbagai jenis spefikasi ditawarkan dengan harga yang berpatutan di antara RM150-RM500.

MRM kali ini, mahu memperkenalkan kamera GPS DVR buatan Taiwan yang begitu ringkas dan mudah dipasang tetapi memiliki pelbagai ciri-ciri tambahan seperti GPS (Global Positioning System) logging location dan juga kelajuan.

Genius DVR-GPS300 adalah kamera DVR dilengkapi chip GPS yang mampu merakamkan perjalanan kenderaan anda disamping memaparkan kelajuan serta lokasi mengikut jejak GPS

                                        

Klik Sini Untuk Makumat Lanjut

Anda hanya perlu memasangnya di handle Maxsym dan ia begitu mudah untuk digunakan, hanya tekan sekali untuk menghidupkan kamera dan merakam, tekan sekali lagi untuk mematikan kamera berkenaan.










Maxsym 600i...Mitos?


Ketika peminat-peminat skuter Maxi buatan Taiwan begitu hangat memperkatakan tentang beberapa model baru seperti Maxsym 400i, Kymco 200i, atau Kymco 500i mahupun Kymco Myroad 700i, kewujudan maxsym 600i masih menjadi tanda tanya dan misteri bukan sahaja di persada pemotoran skuter tempatan tetapi begitu juga senarionya di luar negara.

Pada 2009 lalu, San Yang Motor (SYM) mengejutkan dunia motor skuter antarabangsa apabila sekaligus memperkenalkan dua model konsep, Maxsym 400 dan Maxsym 600 di pameran motosikal antarabangsa EICMA di Milan, Itali.

Lihat Link Ini 


Walaupun pada 2011 lalu, SYM telah mula memasarkan model maxsym 400i lanjutan dari dua model konsep yang dipamerkan di Milan sebelum ini, spefikasi dan tarikh pelancaran bagi model Maxsym 600 masih menjadi tanda tanya dan misteri sehingga kini.

Secara umumnya, apa yang dirumuskan, maxsym 600i berkongsi rekaan casis, komponen dan rekabentuk sama seperti Maxsym 400i malah lewat tahun lalu, SYM juga telah mula memperkenalkan model dilengkapi sistem brek ABS - antara ciri dan komponen standard yang bakal dilengkapi pada model Maxsym 600i.

Namun, persoalan yang masih menjadi tekaan dan tanda tanya adalah konfigurasi serta spefikasi enjinnya samada adakah Maxsym 600i bakal dibekalkan dengan enjin dua silinder atau mengekalkan konfigurasi big bore satu silinder.

Dipercepatkan pada saat ini, 2013, konfigurasi model berkenaan masih menjadi tanda tanya dan perbualan hangat di kalangan peminat skuter SYM. 


image courtesy: jorsindo.com

image courtesy: www.scooter-station.com


Beberapa foto yang dikatakan model maxsym 600i juga sudah mula tersiar di pelbagai laman siber namun kesahihan gambar model berkenaan tidak dapat disahkan.

Laman ulasan produk motorsikal dan skuter, Ibike.com ada menyiarkan satu artikel mengenai model berkenaan namun mereka sendiri tidak dapat memastikan bila model terbabit akan dipasarkan begitu juga dengan konfigurasi komponen enjinnya.

MRM percaya model berkenaan akan dikeluarkan, lebih-lebih lagi saingan terdekat SYM, Kymco telah mula memasarkan model baru 500 dan 700cc, cuma persoalannya ialah bila?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Monday, 25 February 2013

Catatan Kembara Pasangan Maxsym

"Pada 8 hingga 13hb Februari yang lalu, saya dan isteri telah menjelajah semenanjung menggunakan Maxsym. Jarak perjalanan keseluruhan bermula dari Sg.Petani ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Baharu, Kuala Lumpur, Ipoh dan kembali semula ke Sg.Petani ialah 1800km. 
Skuter Maxsym ini berjaya mengharungi perjalanan tersebut tanpa sebarang masalah walaupun di waktu panas terik dan hujan lebat.Penggunaan minyak keseluruhan adalah sebanyak RM150 dengan purata penggunaan minyak ialah 4.1 liter per 100km bersamaan RM8 per 100km." - Taufik





Sunday, 24 February 2013

Terengganu Bike Week 2013


Bermula 1hb sehingga 2hb Mac ini, Kuala Terengganu dijangka akan dibanjiri lebih 3,000 bikers dari seluruh negara dan juga luar negara menyertai Terengganu Bike Week 2013 (TBW 2013).

Program ini pada julung kalinya dianjurkan pada 2012 lalu oleh Persatuan PermotoranTerengganu dan memandangkan ia mendapat sambutan yang luar biasa, maka program tersebut kini menjadi program tahunan di Terengganu.


TBW 2013 kali ini dijangka lebih meriah sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.


Pelbagai program telah diatur, antaranya Konvoi Muhibbah Bersama Anak-anak Yatim dan Majlis Makan Malam Bersama Anak-Anak Yatim


Jom kita ke Kuala Terengganu memberi sokongan dengan menyertai program ini.


Untuk maklumat lanjut, klik sini




Open Pod Air Filter

Antara kecenderungan pemilik Maxsym ialah modifikasi. Kali ini, rider Maxsym, saudra remi dari Ampang menampilkan modifikasi yangtelah dilakukan di skuternya.

Kotak air filter asal telah ditanggalkan dan digantikan dengan aor filter cone untuk meningkatkan prestasi skuternya.



Beliau turut menggariskan ciri-ciri kebaikan dan keburukan menggunakan cone air filter. Antaranya:

Kebaikan:

Meningkatkan kuasa 'mid-end torque'
Meningkatkan prestasi penunggangan di lebuhraya
Memberikan bunyi yang berlainan enjin dan ekzos
Boleh diguna-pakai

Keburukan:
Kekerapan untuk mencuci atau membersihkan air filter
Tidak sesuai untuk kegunaan harian di jalan yang berabuk

Sistem airfilter juga ada digunakan beberapa pemilik Maxsym lain. Antaranya menggunakan air cone filter 52mm jenama Racing Boy.

Bagaimanapun sedikit modifikasi diperlukan terhadap mounting ring di inner air box bagi memastikan air cone filter berkenaan dapat dipasang dengan sempurna.

modifikasi memasang ring sokongan tambahan 




Maxsym Naga

Adakalanya, kita kena fikir di luar kotak. Begitulah nampaknya dengan pendekatan rider Maxsym kali ini, Rick a.k.a Ritakamal. Tidak ramai yang mungkin akan berani menerapkan rekaan dekal berkonsepkan Naga, lebih spesifik...Naga Hijau pada Maxsym merah. Anda menjadi juri..


Saturday, 23 February 2013

Malang si Maxsym

Tempuhari, rider Maxsym dari negeri Perlis Indera Kayangan, cikgu Irwan telah kemalangan ketika menunggang Maxsymnya dalam perjalanan ke Alor Star.

Kemalanganitu berlaku apabila sebuah kenderaan MPV membuat pusingan U secara melulu menyebabkan Maxsym yang ditunggangi oleh cikgu Irwan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan terbabit.

Alhamdulillah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun skuternya mengalami kerosakan teruk.

Menurutnya, ekoran kemalangan itu, beliau membuat kesimpulan peribadi bahawa berdasarkan daripada kerosakan pada skuternya, sememangnya skuter jeni Maxsym ini memang direka selari dengan keselamatan.

Beliau menjelaskan, rekabentuk skuter itu sendiri telah mengelakkan beliau daripada mendapat kecederaan serius hasil daripada impak pelanggaran berkenaan.

Apa pendapat anda semua?




Senarai Harga Alatganti Maxsym 400i

Pemilik Maxsym boleh merujuk kepada link di bawah untuk menyemak harga alatganti yang diedarkan oleh Sym Malaysia. Harga berkenaan bagaimanapun mungkin akan berbeza bergantung kepada keadaan sebagai contoh, sesetengah pengedar mungkin akan memberikan potongan diskaun.

Pemegang kad Sym members juga difahamkan menikmati potongan harga antara 5-10 peratus.

Slik klik link di bawah

Senarai Harga

Hafiz dan Maxsymnya

MRM menerima sumbangan foto ini dari saudara Hafiz yang menetap di Pulau Pinang. Beliau menerapkan rekaan warna yang lembut pada Maxsym putihnya. kombinasi Biru Gelap sebagi warna utam dengan tambahan Biru air serta aluran kombinasi warna merah dan kelabu mentrampilkan tema yang menarik.



Citrawarna Maxsym400i

Judul di atas menceritakan segalanya. Hayati koleksi maxsym yang dirakam di merata lokasi dalam negara ini




















Torque Wrench


Antara perkara biasa yang kita lakukan apabila ke kedai bengkel motor ataupun pusat servis ialah tukar minyak hitam dan servis cvt.

Pernahkah kita terfikir samada mekanik yang mengendalikan tugas itu mengikut ketetapan kerja (Standard Operating Procedure) yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan berkenaan?

Sebagai contoh hampir pengeluar menetapkan mekanik mengikat semua screw yang terdapat di komponen sesebuah kenderaan mengikut daya torque tertentu yang ditetapkan menggunakan Torque Wrench.



Apa kesannya jika mekanik tidak megikuti prosedur ketetapan kerja yang ditetapkan?

Risiko yang anda hadapi antaranya adalah:

- bebenang screw yang haus dan tidak boleh diikat dengan sempurna

- dalam sesetengah senario, jika ia membabitkan bahagian block enjin, kebocoran akan berlaku atau lebih teruk kerosakan pada bahagian penting enjin

Oleh itu, lihat rajah di bawah ini dan jika perlu muat turun dan cetak satu salinan dan simpan di skuter anda. Terangkan pada mekanik anda daya ikatan torque yang betul perlu dilakukan dan tidak perlu anda berasa segan sebab skuter tu anda beli dengan titik peluh anda dan jika berlaku kerosakanpun, wang itu keluar dari poket anda sendiri.

Kalau mekanik di bengkel yang biasa anda pergi sambil lewa ikat screw atau nut guna spanar biasa, anda berhak berhenti mengujungi bengkel berkenaan dan pergi ke tempat lain







Friday, 22 February 2013

Maxsym Harimau Malaya

Ini gambar Maxsym yang bermotifkan dekal tema Harimau Malaya. Maxsym ni milik saudara Azari Aziz dari Sungei Petani, Kedah. Menarik juga rekaan tema skuternya


Seorang lagi maxsym rider harimau Malaya, bro pian kita dari Pulau Pinang. Corak tema lebih kurang sama cuba ada sedikit perbezaan saja jika kita amati dengan teliti




Maxsym 101 - Pendawaian

Ramai pemilik maxsym yang tambah pelbagai assesori tambahan pada skuter mereka. Antara yang paling lazim adalah adalah air horn sepert Bosch atau Hella.

Ada juga yang pasang Running Light ataupun lampu tambahan. Namun ada masanya, mereka hanya menyerahkan saja bulat-bulat kepada mekanik di workshop (ada juga yang pasang sendiri ala D.I.Y).

Seelok-eloknya, anda kena ketahuilah serba sedikit asas atau 'rule of thumb' supaya pemasangan assesori itu tidak akan mendatangkan masalah atau lebih teruk lagi musibah contohnya, yang boleh menyebabkan litar pintas sekaligus boleh menyebabkan sistem pendawaian terbakar

1) Pastikan penyambungan dibuat oleh mereka yang berpengalaman dan berkelayakan

2) Susunan atur wayar tambahan perlu kemas dan tidak mengganggu sistem pendawaian asal skuter anda

3) Jangan ikat terlalu ketat wayar tambahan yang dipasang, banyak perkara buruk boleh berlaku

Anda boleh rujuk rajah di bawah ini sebagai panduan dan pengetahuan




Maxsym Yob Siput Bakar

Semua ada citarasa, baik masa menikmati hidangan, pakaian ataupun kenderaan dan apa-apa saja. Kali ini MRM nak perkenalkan saudara Ramhim a.k.a imto PJY.

Bagi yang dah permah pergi ke gerainya, Yop Siput Bakar di Jalan Akuarium, Gelugor, Pulau Pinang pasti akan merasa keunikan dan kelazatang aneka hidangan siput bakar yang disajikan.

Rupanya, saudara Rahim jugak ada citarasanya tersendiri bila memilih skuter, di bawah gambar skuternya




Decal design Maxsym

Saudara Mohd Taufik Zulkefli kita a.k.a Trustdesign bermurah berkongsi dengan MRM beberapa motif design decal untuk pemilik Maxsym.


Beliau berasal dari Ipoh, Perak dan sekarang ini berkerja sebagai pensyarah di Jabatan Senireka di UiTM Sg.Petani,Kedah. Sebelum ini beliau berkhidmat dengan Naza Bikes Sdn Bhd sebagai seorang pereka.

Mari kita kongsi dan nikmati beberapa design yang dihasilkan beliau khusus untuk pemilik Maxsym.










Pada mereka yang berminat untuk dapat khidmat beliau mereka motif design decal untuk skuter masing-masing, beliau boleh dihubungi melalui: trustdesign08@yahoo.com

Tapi...kena hulurkan sikit saguhati untuk masa dan kerjanya ya...